Inginkan Suasana Damai? 4 Resort Ini Sajikan Persekitaran Hijau Dan Tenang );

Type to search

Inginkan Suasana Damai? 4 Resort Ini Sajikan Persekitaran Hijau Dan Tenang

Backpackerz Itinerari

Inginkan Suasana Damai? 4 Resort Ini Sajikan Persekitaran Hijau Dan Tenang

Avatar
Share

Mesti ramai yang sudah penat dengan kerja dan kesesakan bandar sehingga kalau boleh nak lari dan cari tempat yang tenang dan damai.

Namun jangan risau kerana kalau anda nak tahu di semenanjung juga terdapat beberapa tempat atau resort yang sesuai untuk anda kunjungi.

Penulis akan senaraikan empat resort yang terdapat di semenanjung dan dekat dengan anda tanpa perlu keluarkan wang yang banyak.

1. Awanmulan, Seremban

Lokasi ini menyajikan anda semua sebuah kwasan hijau, dingin dan menyamankan. Iannya sesuai untuk sebuah keluarga bercuti dan menikmati masa bersama. Walaupun ianya agak kecil sedikit tetapi anda pasti menyukainya. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan antaranya, berenang di kawasan air terjun atau menerokai kawasan hutan di sana.

2. Sinar Eco Resort, Johor

Facebook Sinar Eco –

Jangan terkejut kalau di Johor juga terdapat sebuah lokasi yang cukup indah dan cantik. Konsep resort lebih kepada suasana kampung yang damai dimana anda boleh melakukan aktiviti seperti menunggang kuda, berkayak dan menaiki ATV.

Anda juga boleh merasai sendiri pengalaman seperti ladang haiwan kerana mereka memberi anda aktiviti seperti memerah susu lembu, memberi ayam amakan dan mengurus haiwan ternakan. Ia sangat seronok terutama dengan keramahan orang di sana. Tetapi buat tempoh ini mereka terpaksa menutup resort mereka di sebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

3. The Banjaran Hotsprings, Perak

Tengok nama pun mesti anda semua dah tahu bahawa The Banjaran Hotsprings menyajikan anda semua suasana yang tenang kerana mereka lebih fokus kepada spa yang terletak di kawasan bukit batu kapur.

Lokasinya yang strategik memberikan anda semua satu kepuasan kerana ia dekat dengan kawasan air terjun dan tempat yang sesuai untuk mata air panas berada. Gua di situ menyajikan sebuah fenomena wap penyembuhan dan sesuai bagi mereka yang ingin bertenang dan melakukan meditasi.

4. Tanah Aina Farrah Soraya Resort, Pahang

Di Pahang juga terdapat satu lokasi yang mendamaikan iaitu Tana Aina Farrah Soraya Resort. Lokasi ini untuk mereka yang ingin bersatu dengan alam sekitar kerana anda akan berada seakan di dalam hutan.

Pelbagai aktiviti riadah boleh anda lakukan seperti bersiar-siar bersama keluarga, senaman yoga melihat burung-burung dan banyak lagi.

Walaupun dengan keadaan sekarang, ada juga perlulah lari seketika dari kesibukan diri dan mencari tempat untuk bertenang dan berehat. Namun penulis ingin mengingatkan bahawa sentiasa menjaga diri dan mengikut segala kawalan SOP yang ditetapkan. 

[Sumber: Tourhero]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!