5 Destinasi Percutian Berkonsepkan Alam Semula Jadi Sekitar Selangor

Type to search

Backpackerz Itinerari Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Rindukan Nature Retreat? 5 Destinasi Percutian Berkonsepkan Alam Semula Jadi Sekitar Selangor

Share
  • Percutian berkonsepkan alam semula jadi dan“glamping” menjadi trend percutian masa kini.
  • Glamping & camping menawarkan pengalaman serta destinasi percutian menarik selain inapan di hotel.
  • Tourism Selangor menyenaraikan 5 lokasi percutian berkonsepkan alam semula jadi untuk tatapan anda.

destinasi

Sememangnya keunikan alam semula jadi mempunyai pesona tersendiri terutamanya kepada pencinta alam sekitar. Sudah tentu ramai yang merindui keindahan flora dan fauna, ketenangan alam atau menikmati suasana hijau itu sendiri.

Percutian alam semula jadi di Negeri Selangor pastinya menjadi pilihan terbaik selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kelak.

Jom layan lima tempat percutian ‘back to nature’ yang mungkin menjadi destinasi pilihan anda selepas pandemik berakhir;

1- Resort Taman Eko Rimba Komanwel

Tempat penginapan yang unik dengan dikelilingi tumbuhan malar hijau tentunya memberikan pengalaman istimewa semasa berehat.

Resort Taman Eko Rimba Komanwel terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong, Rawang merupakan pilihan yang tepat buat orang ramai untuk dijadikan sebagai destinasi percutian ideal. Anda boleh memilih untuk menginap di bilik biasa atau khemah. Walaupun terletak di kawasan hutan tetapi ianya masih menawarkan keselesaan.

Para tetamu berpeluang menghayati pengalaman berehat di dalam hutan yang jauh dari hiruk-pikuk kota.

Resort Taman Eko Rimba Komanwel

destinasi
Kredit: Mcc Outdoor

2- The Nahara Kalumpang

Jika anda inginkan percutian tenang dan santai di tepian sungai, antara lokasi percutian yang sangat cantik dan dikelilingi dengan alam semula jadi ialah di The Nahara Kalumpang.

Terdapat beberapa unit chalet dan villa yang ditawarkan kepada para pengunjung untuk merasai definisi ketenangan.

Bukan itu sahaja, aktiviti berkelah juga boleh dilakukan di sini, menjadikan The Nahara Kalumpang antara pilihan menarik di Negeri Selangor bagi percutian seisi keluarga.

The Nahara Kalumpang

destinasi
Kredit: Intan Hazira & Wanz Ramli

3- Nur Laman Bestari Eco Resort

Nur Laman Bestari Eco Resort terletak berdekatan dengan Ulu Yam dan hanya mengambil lebih kurang 15 minit perjalanan dari Batu Caves.

Ianya lokasi yang sangat sesuai untuk kembali bercuti apabila keadaan pandemik Covid-19 di Malaysia sudah semakin pulih.

Ianya terletak bersebelahan dengan Sungai Tua Recreational Forest dan menawarkan beberapa jenis penginapan yang boleh dipilih oleh para pengunjung seperti chalet dan khemah.

Terdapat pelbagai aktiviti ditawarkan di sini seperti berkayak, menyelusuri hutan dengan menggunakan kenderaan ATV dan banyak lagi!

Nur Laman Eco Bestari

destinasi
Kredit: Nur Laman Eco Bestari Facebook

4- Dusun Bonda

Dusun Bonda merupakan lokasi percutian yang terletak di Ulu Tamu, Batang Kali. Destinasi ini menawarkan penginapan berlandskapkan tropika yang ditumbuhi pokok-pokok yang mekar.

Selain itu, Dusun Bonda juga menawarkan penginapan yang harmoni dengan suasana persekitaran yang menarik.

Pemandangan indah di tepian sungai dan air terjun buatan juga menjadi tarikan utama kepada orang ramai untuk menghabiskan masa terluang di sini selepas tamat tempoh PKP nanti.

Dusun Bonda

destinasi
Kredit: Pakej Percutian, Tourism Selangor, mStar & Travelopy

5- Taman Eko Rimba Sungai Tua

Taman Eko Rimba Sungai Tua merupakan kawasan rekreasi hutan yang popular di Negeri Selangor. Ianya terletak kira-kira 10km dari Bandar Baru Selayang dan berada dalam kawasan Hutan Simpan Hulu Gombak.

Terdapat pelbagai aktiviti dan kemudahan di Taman Eko Rimba Sungai Tua termasuklah aktiviti berkhemah, berkelah, joging dan banyak lagi!

Anda boleh bersiar-siar sambil menikmati keindahan alam semula jadi serta flora dan fauna di sekitar kawasan ini.

SememangnyaTaman Eko Rimba Sungai Tua  merupakan pilihan yang sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga atau sahabat handai kelak.

Taman Eko Rimba Sungai Tua

destinasi
Kredit: Garisan khatulistiwa journal

Percutian yang berkonsepkan alam semula jadi tentunya menyeronokkan, apatah lagi disertai bersama keluarga atau rakan-rakan. Jadikan destinasi yang tersenarai diatas sebagai pilihan percutian anda hanya setelah tamat tempoh PKP. #DreamNowTravelLater

Disamping itu, adalah diingatkan kepada setiap pengunjung untuk sentiasa mematuhi garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara.

Pengunjung harus mendaftar melalui aplikasi mudah alih “SElangkah:Langkah Masuk Dengan Selamat”, memastikan penjarakan sosial, menggunakan cecair pembasmi kuman secara berkala dan memakai pelitup muka pada setiap masa demi kesejahteraan bersama.

Untuk informasi lanjut,layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

destinasi

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!