5 PETUA PENTING ELAK JENAYAH SIBER SEMASA KE LUAR NEGARA - Verst Itinerari

Type to search

5 PETUA PENTING ELAK JENAYAH SIBER SEMASA KE LUAR NEGARA

Itinerari

5 PETUA PENTING ELAK JENAYAH SIBER SEMASA KE LUAR NEGARA

Share

Laporan terbaharu oleh syarikat perkhidmatan kewangan multinasional Mastercard mendedahkan jumlah kunjungan rakyat Malaysia ke luar negara ialah 11.9 juta pada tahun 2016 dan jumlah itu dijangka terus meningkat.

Statistik menunjukkan bahawa pelancong Malaysia merupakan golongan traveler’s kedua paling kerap bercuti ke oversea jika dibandingan dengan negara-negara lain di Asia Tenggara.

5 PETUA PENTING ELAK JENAYAH SIBER SEMASA KE LUAR NEGARA

Di samping itu, apabila anda berkunjung ke luar negara, anda pasti akan membawa komputer riba dan juga telefon pintar bersama. Mesti anda teruja untuk berkongsi gambar, status atau stories di media sosial.

Bertitik tolak daripada hal ini, pelancong atas urusan perniagaan sangat terdedah kepada ancaman kerana mereka sering membawa data sensitif menerusi pelbagai jenis alatan termasuk smartphone dan laptop.

Sekiranya anda tidak mengamalkan penggunaan siber yang baik, ia mengundang kepada pelbagai jenis penyambungan tanpa disedari lalu mengakibatkan malapetaka, bukan sahaja kepada diri tetapi kepada orang lain juga.

Berikut adalah lapan petua keselamatan siber untuk pengunjung atas urusan perniagaan
mahupun melancong ke luar negara.

PASTIKAN PASSWORD DIAKTIFKAN

Pelancong luar sering menjadi sasaran penyeluk saku dan kecurian peranti mudah alih. Jika anda belum melakukannya, gunakan kata laluan / kod laluan yang kuat atau pengimbas cap jari untuk mengunci telefon pintar, tablet atau komputer riba anda. Selain itu, gunakan kata laluan / kod laluan yang berlainan untuk peranti yang berbeza. Lepas dah guna, jangan lupa save kata laluan anda bagi mengelakkan masalah terlupa dan sebagainya.

WASPADA PENGGUNAAN WIFI PERCUMA

Umumnya, penggunaan WiFi awam adalah sangat berbahaya. Bagi mengelakkan pemintasan data sensitif anda, dinasihatkan untuk tidak menyambungkan kepada mana-mana rangkaian WiFi percuma yang tidak diketahui asal usulnya.

Anda juga boleh menggunakan menggunakan hotspot mudah alih daripada pembekal perkhidmatan internet. Selain itu, amalan baik yang boleh dipraktikkan adalah memastikan sambungan yang digunakan adalah selamat dan dirahsiakan apabila anda connect wifi di lokasi awam, atau membuat transaksi kewangan mahupun personal information.

Kenal pasti bar URL pada skrin anda dan pastikan alamat bermula dengan https: // dan bukan http://, bagi menjamin urus niaga anda dilindungi dengan menggunakan penyulitan SSL. Pastikan anda memutus sambungan WiFi secara automatik pada peranti anda. Penyerang, virus ataupun hackers dapat mengimbas rangkaian komputer yang tersedia dan kemungkinan untuk menyasarkan komputer anda akan menjadi lebih tinggi sekiranya talian komputer sentiasa bersambung.

PADAMKAN BLUETOOTH JIKA TIDAK DIGUNAKAN

Apabila tidak digunakan, matikan Bluetooth. Membiarkan ciri bluetooth "on" sepanjang masa menjadikannya mudah untuk penjenayah siber menyambung ke peranti anda dan mencuri data daripadanya.

ELAKKAN MENGECAS PERANTI MUDAH ALIH DI PUBLIC AREA

Memang betul, kebanyakan stesen pengecasan awam disediakan kepada pengguna di lapangan terbang, kapal terbang dan taman, tetapi ia menghubungkan telefon anda ke port yang tidak diketahui. Mungkin dalam tak sedar, penggodam telah mengumpulkan maklumat anda semasa telefon dipasang ke saluran. Mereka juga boleh memasang perisian berbahaya pada peranti anda.

SANDARKAN DATA ANDA

Menyandarkan data adalah salah satu bidang IT yang paling penting; namun ianya juga sering diabaikan. Kemungkinan kehilangan peranti boleh berlaku kerana malang tidak berbau!

Sandarkan maklumat yang penting dan mempunyai pelan emergency adalah satu langkah yang bijak! Perlindungan terbaik adalah membuat simpanan semua maklumat dan fail penting secara berasingan seperti menggunakan pen drive, hard disk dan banyak lagi.

Ini bermakna jika anda mengalami serangan siber, anda tidak akan kehilangan sebarang data penting kerana sudah ada back up. Anda juga harus menyimpan media atau data secara berasingan semasa berada di lokasi yang berbeza supaya walaupun beg laptop dicuri, anda masih mempunyai salinan pada peranti mudah alih yang lain.

PASANG PERISIAN ANTI-VIRUS

Pasang perisian anti-virus dan anti-malware, pastikan perisian telah dikemas kini dan laksanakannya secara kerap. Kebanyakan perisian anti-malware datang dengan peranti
keselamatan. Oleh itu, pastikan anda menggunakan perlindungan tambahan ini.

Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1
Scroll Up
error: Content is protected !!