Itinerari: 6 Hari 5 Malam Di Bali, Bajet RM1200 & Sarat Aktiviti );

Type to search

Backpackerz Itinerari Pilihan Backpackerz

Itinerari: 6 Hari 5 Malam Di Bali, Bajet RM1200 & Sarat Aktiviti Dengan ‘Geng Sekepala’

Avatar
Share
  • Patung Garuda Wisnu Kencana di Bali merupakan patung tertinggi di Indonesia & kedua tertinggi di dunia.
  • Antara tarikan unik adalah kopi Luwak yang dikatakan berasal dari najis musang.
  • Nikmati keindahan pemandangan & suasana berkelah di Air Terjun Tegenungan.

Ramai yang tahu bahawa Bali memang terkenal sebagai satu destinasi tumpuan bagi para pelancong di seluruh dunia.

Ianya menjadi satu lokasi yang agak crowded dengan kemasukan pengunjung luar kerana keunikan produk pelancongan serta menawarkan kepelbagaian citarasa makanan.

Jadi, bagi mereka yang merancang bercuti di salah satu kepulauan popular di Asia Tenggara ini, bolehlah mengembara ke bumi Bali, Indonesia selepas pasca pandemik. 

Di sini penulis ingin berkongsi itinerari trip ke Bali selama enam hari lima malam dari saudari Elynna Suhaily bersama rakan-rakannya pada awal tahun lepas. Orang putih cakap, dream now travel later.

  • Itinerari Bali
  • Tarikh: 9 Hingga 14 Februari 2020
  • Geng satu kepala masuk air & suka bergambar

Hari Pertama

Berkumpul di KLIA sekitar pukul 5:00 petang dan bertolak dari Malaysia pada pukul 7:55 malam menggunakan penerbangan Malindo Air OD 173.

Tiba di Denpasar Bali Airport pada 11:05 malam dan bergerak menuju ke Pondok Anyar Hotel untuk check-in hari pertama.

Hari Kedua

Ditemani cuaca yang baik lagi memahami, kami bergerak ke Sanur Beach untuk sarapan dalam pukul 6:45 pagi. Setelah selesai menjamu selera, kamu memulakan perjalanan ke Nusa Penida menggunakan perkhidmatan bot laju. Nusa Penida antara lokasi tumpuan pelancong jika berkunjung ke Bali. 

Setelah sampai ke destinasi, kami mula melakukan aktiviti dengan melawat kawasan seperti Angel Beach, Broken Beach dan Kelingking Beach.

Boleh dikatakan tempat ni memang sesuai untuk korang yang suka dengan permandangan yang cantik. Memang disarankan untuk menyenaraikan letak Nusa Penida dalam itinerari sebab memang lawa lokasi ni. Bergambar lah sepuas hati korang. 

Lepas tu, kami semua bergerak ke Warung Kawan untuk makan tengah hari di sana. Makanan ditawarkan memang sedap dan portion pun mengenyangkan. Bila pi melancong ni, tak boleh nak sekat bab makan sebab itu sumber tenaga untuk bergerak. 

Warung Makan ni memang recommended untuk korang cuba. Jangan lupa cuba jus buat sebab memang segar dan menyelerakan.

 Bali

Dah kenyang kami sambung perjalanan ke Crystal Beach pulak. Dekat sini boleh kira berapa kali kami bergambar dan buat video sebab scenery kat sini memang cantik, sukar nak digambarkan. Korang layan lah gambar-gambar di bawah.

Cadang nak mandi tapi tak bawa pula baju basahan jadi kami cuma rendam kaki sambil minum air kelapa. Rata-rata pelancong yang datang ke sini memang nak mandi-manda sebab air dia jernih dan bersih. Cuma kalau ombak kuat atau tak ramai orang, janganlah kita memandai nak turun mandi. Utamakan keselamatan. 

Dah puas minum air kelapa dan bergambar sakan, kami gerak balik ke hotel sebab dah lewat petang. Selesai solat, mandi dan rehat seketika, kami keluar untuk cari makan malam di Wong Solo, Kuta.

Makanan kat situ memang sedap-sedap belaka. Nasi ayam bakar antara menu wajib korang cuba sebab memang sedap tambah lagi dengan sambal dia memang pedas terangkat!

Dah habis makan malam, kami gerak ke Agong Bali untuk shopping barang-barang kat sana dan pulang ke hotel.

Crystal Beach
Bali
Angel Beach
Bali
Angel Beach
Bali
Nasi Ayam Berempah

Hari Ketiga

Check-out dari Pondok Anyar Hotel dan memulakan perjalanan jelajah Bali Timur.

Dekat situ kami menonton teater pendek pasal Barong Dance. Sangat menarik dan membuatkan kami terpegun sebab cara persembahan teater di sini cukup menarik minat pelancong luar untuk tengok. Sesiapa nak masuk kena bayar caj dalam 100 ribu Rupiah.

Dah puas tengok Barong Dance, kami pergi mencari Kopi Luwak yang pernah viral sebelum ini. Mahal tu memang mahal tapi siapa yang peminat kopi bolehlah mencubanya sekali seumur hidup.

Bali

 

Bali

Bagi siapa bukan penggemar kopi atau takut nak minum, boleh cuba teh atau minuman lain. Teh dia memang sedap dan ada pelbagai jenis perisa yang menarik. Paling menarik perhatian kami adalah teh perisa manggis. Hah mesti korang pun terkejut macam mana rasa teh tapi ada rasa manggis.

Untuk makan tengah hari kami singgah di Kintamani Mount Batur. Kami ambil buffet je dan boleh tumpang solat di sini.

Dah selesai solat kami bergerak ke Tirta Empul Temple untuk bersiar-siar. Lokasi ini merupakan satu tempat ibadat bagi agama Hindu dan ketika itu mereka sedang melakukan upacara mandi air suci.

Puas berjalan dan bergambar, kami berhenti window shopping di Ubud dan makan malam Bakso Cipta Rasa. Selepas itu kami check-in di Fourteen Reses Legian.

Bali
Tiket Masuk
Bali
Barong Dance
Bali
Variasi kopi luwak & teh

Hari Keempat

Hari keempat kami pergi ke Bali Selatan pula dan bergambar di Nusa Dua Beach. Suasana kat sini memang sesuai untuk sesiapa yang suka mandi dan aktiviti riadah air.

Untuk makan tengah hari kami cuba menjamu selera di Warung Kampung pedas dan mencuba menu ayam bertutu. Memang sedap dan memuaskan, berpatutan dengan harga dia.

Lepas makan tengah hari, kami pergi ke Pantai Pandawa untuk bergambar dan bersantai sambil nikmati pemandangan petang di sana.

Singgap sebentar di Masjid Nusa Dua untuk solat dan selepas itu pergi ke Pantai Padang-Padang. Aktiviti yang kami buat di situ cuma bergambar dan merakam kenangan bersama rakan kembara.

Dah puas berjalan dekat pantai kami sambung lagi perjalanan ke Uluwatu Temple. Nak masuk entrance dia kena bayar dalam 30 ribu Rupiah.

Nak naik tangga ke sana memang penat sikit tapi berbaloi bila korang dah sampai puncak dia. Paling cantik bila korang dapat tengok matahari terbenam memang tak boleh dinafikan lagi keindahan panorama sunset.

Kami juga dapat saksikan Kecak Dance yang sangat bertenaga. Ramai pelancong asing dan orang tempatan datang untuk tengok tarian tradisional ini.

Seterusnya, malam kami hanya untuk santapan di Jimbaran dan usainya, kami pulang ke hotel untuk berehat. 

Bali
Pandawa Beach
Bali
Kecak Dance
Bali
Forteen Resis Legian

Hari Kelima

Kami mulakan hari ke-5 jalan-jalan sekitar Bali Barat dan menjejakkan kaki ke Tanah Lot Temple. Lokasi ini cukup popular disebabkan salah satu lokasi kuilnya tidak jauh dari pesisiran pantai.

Untuk brunch kami makan CFC Rayamana Bali. Menu di sini lebih kurang macam KFC dan sedap. Dah puas makan kami sambung perjalanan kami ke Taman Ayun Temple. Macam biasa kami bergambar dan merakam kenangan sebagai memori terindah di Bali.

Kalau dah liburan di Indonesia memang wajib cuba nasi padang sebab bukan selalu kita jejakkan kaki ke sini lagi.

Memandangkan keesokan hari kami akan balik ke Malaysia jadi kami habiskan sisa masa dengan shopping sepuasnya di Agong Bali dan Krishna. Dua port ini merupakan ‘syurga membeli-belah’ di Bali. Kami beli banyak barang untuk rakan-rakan yang mengirim.

Kami makan malam di Lelapan dan menikmati tempoh malam terakhir di Legian sebelum pulang ke hotel untuk berehat.

Bali
Bergambar di Tanah Lot
Bali
Makan malam di Jimbaran

Hari Keenam

Kami check-out dari hotel dan singgah makan tengah hari di Wong Solo. Dah kenyang kami bergerak ke Denpasar Bali Airport untuk pulang. Kami sampai di Malaysia dalam lewat petang.

Berikut merupakan pengalaman yang dikongsikan saudari Ellyna yang menjejakkan kaki ke Bali bersama kenalan. Mereka mengumpul duit perbelanjaan dari tahun 2019 lagi untuk merealisasikan impian mereka berjalan-jalan di kepulauan Bali. 

Terima kasih Ellyna kerana sudi berkongsi pengalaman serta itinerari 6 hari 5 malam ke beberapa bahagian Bali.

Bajet Utama

  • Tiket penerbangan – RM300
  • Nusa Penida (Makan+Transport+Speed Boat) + Transport Semasa Di Bali – RM390
  • Hotel Kuta (2 Malam) + Legian (3 Malam) – RM210

Bayar Guna Mata Wang Rupiah (Persendirian)

  • Simcard – RM 46 / 150.000 RP
  • Barong Dance – RM30 / 100.000 RP
  • Swing – RM23 / 75.000 RP
  • Kintamani Buffet Lunch – RM30 / 100.000 RP
  • Teirtha Empul Entrance Fee – RM15 / 50.000 RP
  • Waterfall Tegunungan – RM3/ 10.000 RP
  • Uluwatu Entrance – RM9 / 30.000 RP
  • Pandawa Beach – RM4.50 / 15.000 RP
  • Kecak Dance @ Uluwatu – RM45 / 150.000 RP
  • Jimbaran Dinner – RM53 / 175.000 RP
  • Tanah Lot – RM18 / 60.000 RP
  • Taman Ayun – RM6 / 20.000 RP
  • Kimtamani Entrance – RM15 / 50.000 RP
  • Total = RM1197.50 / 985.000 RP
Bali
Bergambar di simbolik Pantai Kuta
Bali
Air Terjun Tegenungan
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!