Aktiviti ‘Rare’ & Projek Baru Yang Korang Kena Cuba di Sky Cab Langkawi Masa Cuti Nanti );

Type to search

Backpackerz Itinerari

Aktiviti ‘Rare’ & Projek Baru Yang Korang Kena Cuba di Sky Cab Langkawi Masa Cuti Nanti

Share
aktiviti

Sky Cab Langkawi sememangnya menjadi lokasi tumpuan pengunjung yang datang bercuti di Pulau Langkawi kerana memiliki pelbagai aktiviti dan lokasi yang menarik untuk dinikmati para pelancong.

Namun begitu, terdapat beberapa aktiviti ‘rare’ yang penulis ingin kongsikan buat anda yang merancang ingin bercuti ke Pulau Langkawi. Antaranya ialah:

 

1 Night at Machinchang

langkawi

Sekiranya anda sudah bosan dan lali dengan aktiviti seperti menaiki kereta kabel, apa kata kali ini anda cuba beralih ke satu aktiviti yang lebih menarik iaitu 1 Night at Machinchang.

Gunung Machinchang yang merupakan antara destinasi pelancongan terbaik di dunia, kini menawarkan pengalaman menarik melalui program perkhemahannya pada ketinggian 708-meter dari permukaan laut.

Difahamkan pengunjung bakal menikmati pengalaman berkhemah di South Platform, yang merupakan salah satu daripada dua platform yang terletak di puncak gunung.

Melalui aktiviti ini, pengunjung dapat menikmati keindahan Langkawi dari puncak gunung di samping menikmati pemandangan matahari terbenam dan terbit yang pastinya menjadi satu pengalaman menarik di sini.

Dengan hanya RM150, pengunjung boleh bermalam di puncak Gunung Machinchang dan segala keperluan makan dan minum boleh dipesan di sini.

Kalau korang jenis yang suka layan suasana hijau dan gemarkan pemandangan sunset di waktu senja, ini merupakan peluang yang terbaik untuk korang rasai dan alami sendiri pengalaman menarik di sini.

 

Machinchang Pet Land

Siapa kata Langkawi tak ada zoo ataupun taman haiwan peliharaan untuk dikunjungi?

Baru sahaja dilancarkan Disember tahun lalu, Machinchang Pet Land kini kembali beroperasi semula dan boleh dikunjungi oleh pelancong yang gemarkan haiwan.

Merupakan hasil kerjasama dengan Panorama Langkawi Sendirian Berhad dan ENR Pets Shop (ESP) pengunjung berpeluang untuk kenal dengan lebih dekat kesemua 49 spesis haiwan yang terdapat di sini.

Tidak cukup dengan itu, bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di Langkawi, Qhazanah Sabah Berhad (QSB), telah dengan hasil kerjasama RFK Technologies Sdn Bhd bakal melancarkan sebuah lagi lokasi menarik terbaru iaitu VR Universal Langkawi.

 

VR Universal

aktiviti

VR Universal bakal memberikan pengguna satu pengalaman yang nyata di taman tema dan juga permainan E-sport menggunakan alat dan pemandangan yang dihasilkan oleh program komputer.

Konsep VR Universal adalah untuk memberi pengguna pengalaman sebenar di taman tema dan E-Sport menggunakan peranti dan pemandangan visual melalui program komputer.

Terletak di Taman Langkawi SkyCab, VR Universal dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada November 2021.

 

SOP Sky Cab Langkawi

langkawi

Mematuhi arahan dan SOP yang ditetapkan kerajaan, pihak Sky Cab Langkawi juga turut menjalankan beberapa langkah SOP pada pergerakan masuk dan keluar pengunjung di sini.

Difahamkan, seramai 50 orang sahaja yang akan dibenarkan berada di puncak dalam satu-satu masa dan sebagai langkah pengawasan, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan datang dan membuat pantauan secara berkala.

Setiap kabin kereta akan di sanitasi sebanyak 3 kali sehari dan hanya 4 orang dibenarkan untuk menaiki kenderaan tersebut bagi mengekalkan penjarakan sosial sesama pengunjung.

aktiviti

Kalau korang nak ke Langkawi hujung minggu ni, bolehlah berkunjung ke lokasi-lokasi di atas. Semuanya merupakan antara aktiviti dan lokasi yang baru tau!

Apa-apa pun, pesanan penulis agar sentiasa jaga SOP dan kekalkan penjarakan sesama sendiri agar terhindar daripada jangkitan wabak COVID-19. Selamat bercuti semua!

 

Baca Juga: Kubang Badak BioGeoTrail, ‘Hidden Gem’ Yang Korang Kena Pergi Di Pulau Langkawi

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!