Teringin Berkayak Seisi Keluarga Sambil Menikmati Keindahan Alam? Bagan Lalang Sepang Destinasi Sesuai Buat Anda );

Type to search

Backpackerz Itinerari Pilihan Backpackerz

Teringin Berkayak Seisi Keluarga Sambil Menikmati Keindahan Alam? Bagan Lalang Sepang Destinasi Sesuai Buat Anda

Share

Ramai yang beranggapan bahawa aktiviti kayak kurang sesuai untuk dilakukan oleh seisi keluarga atas faktor keselamatan dan bahaya yang sering diragui.

Namun begitu, Eksplorasi Bakau di Bagan Lalang Sepang merupakan destinasi pilihan yang sesuai untuk dikunjungi dan dilakukan oleh seisi keluarga.

Terletak di Bagan Lalang Sepang, Selangor, aktiviti kayak di sini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan buat anda yang baru kali pertama mahu mencuba, ini merupakan destinasi yang paling tepat!

lalang

Memiliki ombak yang tenang dan beralun, aktiviti kayak yang selalunya dianggap memenatkan sama sekali berbeza di sini kerana airnya tidaklah sederas yang disangka.

Pendek kata, kalau stamina biashe-biashe je pun boleh main aktiviti kayak di sini!

Terbahagi kepada dua slot pagi dan petang, pengunjung boleh membuat tempahan terlebih dahulu dengan memilih waktu yang ingin disertai.

Slot di sebelah pagi bermula pada pukul 9.00 a.m – 1.00 p.m manakala slot di sebelah petang pula pada 2.00 p.m – 5.00 p.m. Meskipun berbeza waktu, namun keistimewaan dan keindahan alam yang dijanjikan sama sekali tidak berubah antara dua slot ini.

Setiap peserta bakal disediakan jaket perlindungan keselamatan, sarapan pagi, makan tengahari dan sedikit taklimat akan diterangkan kepada para peserta sebelum mula berkayak.

Selain daripada golongan dewasa, kanak-kanak juga boleh turut serta aktiviti ini.

lalang

Menurut pemilik Hikers Climber Adventure, yang mesra disapa Cikgu Nazri, kanak-kanak seawal usia 3 tahun sudah boleh melakukan aktiviti kayak di sini.

“Selain daripada golongan dewasa, kanak-kanak juga boleh turut serta berkayak dengan syarat mereka mestilah sekurang-kurangnya berusia 3 tahun.

“Kemudahan bot juga turut disediakan bagi mereka yang datang bersama seisi keluarga bagi menggalakkan mereka untuk meneroka ke sini,” katanya ketika ditemu ramah.

 

Pemandangan & Lokasi Menarik Untuk Bergambar

lalang

Kalau dah namanya aktiviti outdoor, maka tidak sah la kalau tidak bergambar kan?

Selain daripada keseronokan aktiviti kayak, semestinya keindahan landskap panorama hijau yang memukau menjadi tarikan para penggemar foto di sini.

Tidak kira la sama ada ianya gambar berbentuk selfie, ataupun pemandangan hijau sekeliling, kesemuanya sangat sesuai dijadikan lokasi bergambar.

 

lalanglalang

Selain daripada aktiviti berkayak, pengunjung juga boleh memancing dan menjala bersama Team Hikers Climber. Uniknya di Bagan Lalang, air laut di sini merupakan campuran air tawar dan masin dan hidupan akuatik di sini juga boleh dikatakan pelbagai.

Salah seorang pengunjung yang berkayak di sini berkata bahawa hasil tangkapan ikan yang diperoleh juga tidak menentu namun hasilnya sangatlah lumayan.

“Tempat ini masih kurang diketahui umum tapi memang tak merugikan kalau sesiapa yang ingin mencuba memancing di sini.

“Jauh dari kesibukan kota, lokasi ini memang sesuai dituju oleh kaki pancing dan kalau yang suka menjala pun boleh juga ke sini,” katanya.

 

Bersantai Di Pantai Bagan Lalang

lalang

Menariknya di sini, selesai aktiviti berkayak anda juga berpeluang untuk bersantai di tepi laut dan menikmati juadah makanan seafood di pantai Bagan Lalang yang terletak tidak jauh dari Jeti Pak Din.

Aktiviti sebelah petang di Pantai Bagan Lalang sememangnya menjadi pilihan masyarakat setempat dan sering menjadi tumpuan riadah di hujung minggu.

Pantainya yang bersih terjaga serta laut biru yang dimiliki sangat sesuai dijadikan lokasi photoshoot bagi menghiasi gambar di laman Facebook dan Instagram anda.

lalang

Selesai berkayak, bolehlah pekena air kelapa segar dan coconut shake di sini nanti. Layan sunset sambil minum air kelapa memang layan!

lalang

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai aktiviti kayak di Eksplorasi Bakau, Bagan Lalang Sepang, anda boleh la lihat di laman media Hikers Climber Adventure Team.Untuk sebarang tempahan boleh klik di sini. Nak join trip kayak:www.wasap.my/6011154027899/BPKayak

Hujung minggu ni bolehlah rancang dengan rakan-rakan dan seisi keluarga untuk berkayak di sini. Pesan penulis, kosongkan storage di telefon masing-masing dulu, takut tak cukup ruang pula nak bergambar banyak nanti!

 

Baca Juga: Kubang Badak BioGeoTrail, ‘Hidden Gem’ Yang Korang Kena Pergi Di Pulau Langkawi

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel anda pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!