4 Homestay Terbaik Untuk Korang Yang Mahukan Penginapan Berpatutan & Aktiviti Menarik Di Johor );

Type to search

Backpackerz Hiking & Outdoor Itinerari Kampung Pilihan Backpackerz

4 Homestay Terbaik Untuk Korang Yang Mahukan Penginapan Berpatutan & Aktiviti Menarik Di Johor

Share

Penginapan di homestay pada hari ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan hotel ataupun resort di sesebuah lokasi percutian.

Masing-masing memiliki keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri namun bagi anda yang mahu merasai suasana lain daripada yang lain, bolehlah cuba menginap di homestay sekitar Segamat dan Muar Johor.

Lokasi homestay yang akan dikongsikan ini ditujukan khas buat anda yang mahu menerokai keindahan alam semulajadi dan juga mengenali dengan lebih mendalam tentang industri perkampungan dan kebudayaan di Johor.

Berikut merupakan 3 lokasi homestay terbaik yang telah dikunjungi team Backpackerz!

 

Homestay Parit Bugis, Muar

homestay

Homestay Parit Bugis merupakan salah sebuah homestay yang diiktiraf oleh MOTAC di Muar. Perkampungan Parit Bugis Muar masih mengekalkan suasana kampung masyarakat Jawa, yang merupakan tumpuan utama bagi setiap pengunjung yang datang ke sini.

Sangat sesuai untuk didiami sesisi keluarga, homestay ini bukan sahaja menyediakan penginapan yang selesa, malah turut dilengkapi dengan pakej aktiviti yang boleh dilakukan oleh para pengunjung.

Yang pastinya, perut anda tidak akan lapar sepanjang beraktiviti di sini kerana pelbagai lokasi pembuatan produk IKS yang akan dibawa sebagai contoh, pmbuatan kuih cakar ayam, bahulu tradisional, pembuatan tempe dan juga aneka kerepek.

Pernah dengar tempe chips? Ala-ala potato chips tapi ini versi jawa punya, dan yang pasti ianya dijamin halal dan sedap!

 

Kenderaan Gerabak

Istimewanya di sini, anda akan dibawa ke setiap lokasi dengan menaiki kenderaan gerabak bermotor vespa. Jadi sambil-sambil menghirup udara segar di pagi hari, anda juga boleh menikmati keindahan landskap bumi hijau yang tersedia di sana.

Tiada bangunan pencakar langit, tiada kesesakan lalu lintas dan tiada bunyi hiruk pikuk kota. Yang ada hanyalah anda dan keindahan tumbuhan hijau di sepanjang perjalanan. Memang rare pengalaman di sini.

 

Selesai aktiviti lawatan dan makan, anda akan dihidangkan dengan persembahan tarian kuda kepang yang dibawakan khas oleh persatuan kuda kepang di sini. Dilengkapi dengan peralatan muzik tradisional jawa, anda pasti terpukau dengan tarian dan muzik yang dimainkan.

Agak sukar untuk dipercayai, namun tarian kuda kepang dipercayai memiliki keistimewaan dan kekuatannya tersendiri apabila pelbagai aksi menarik yang lain daripada lain ditampilkan di sini.

Nak tau apa dia? Jom bercuti di Homestay Parit Bugis Muar!

 

Cabin Hill Labis, Segamat

homestay

Inginkan suasana hijau di atas bukit yang tenang? Cabin Hill merupakan destinasi yang harus dituju.terletak di daerah Segamat, lokasi ini merupakan sebuah lokasi baharu yang masih lagi belum diketahui ramai.

Menariknya di sini, setiap bilik penginapan disediakan dalam bentuk kabin yang sangat selesa untuk didiami. Jangan risau, setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin yang pastinya memberikan keselesaan dan suasana kondusif seperti di dalam bilik hotel.

Sekiranya anda berkunjung ke sini, jangan lepaskan peluang untuk melakukan aktiviti pendakian ke air terjun dalam bumi dan juga ke kolam air panas Labis. Tidak jauh dari lokasi penginapan, bagi anda yang sukakan cabaran dan aktiviti lasak, bolehlah berkunjung ke dua lokasi tersebut.

Selain itu, pembuatan barangan kraftangan dan industri pembuatan parang, gasing dan kulit turut menjadi tumpuan pengunjung di sini, Jika di bandar barangan seperti ini kebiasaannya dijual dengan harga yang tinggi, namun di sini harga sememangnya berpatutan dan yang paling penting berkualiti.

 

 

Buat kanak-kanak yang kurang mengetahui permainan gasing tradisional, sini merupakan destinasi yang perlu dikunjungi. Sambil bermain, boleh belajar buat gasing juga tau!


Baca Juga: Teringin Berkayak Seisi Keluarga Sambil Menikmati Keindahan Alam? Bagan Lalang Sepang Destinasi Sesuai Buat Anda


Homestay Muafakat D’ Harmoni

Merupakan homestay pertama yang dibina di kawasan Kluang, homestay ini memiliki 18 buah rumah dan 12 lokasi pembuatan produk IKS untuk dikunjungi.

Cukup terkenal dengan industri pertanian ladang, anda akan dibawa melawat ke beberapa lokasi menarik seperti ladang nenas, ladang ubi kayu, ladang pokok pisang, industri pembuatan tapai, kerepek dan juga kuih tradisional.

Dah namanya lawatan, mestilah banyak produk menarik dan sedap untuk dibeli kan? Maka tidak sah lah kalau datang ke Homestay Muafakat D’ Harmoni tanpa membeli produk keluaran di kampung ini.

Paling syok, korang boleh cabut sendiri tanaman ubi kayu di sini tau!

Korang tau tak kenderaan Ceketeng? Dahulunya ia digunakan oleh petani untuk membawa hasil tanaman kelapa sawit dari lokasi ke lokasi yang lain namun kini kenderaan ini telah diinovasikan menjadi pengangkutan pengunjung di sini.

Boleh dinaiki tiga orang dalam satu ceketeng, pengalaman menaiki kenderaan ini di atas jalan raya sememangnya satu perkara yang sukar untuk didapati di tempat lain.

 

Homestay Lukut, Kota Tinggi

Korang sukakan aktiviti lasak dan mencabar? Homestay Lukut memiliki beberapa lokasi dan aktiviti yang menarik untuk dikunjungi!

Selain daripada terkenal dengan pembuatan produk anyaman dan kraf tangan, homestay ini turut menyediakan pakej aktiviti lasak seperti mengunggang ATV, permainan tembak menembak paintball, memanah sambil menaiki flying fox dan juga aktiviti pendakian.

Kesemua ini boleh dilakukan di RAF Point yang terletak tidak jauh dari lokasi homestay Lukut.

Selain itu, aktiviti memancing di kolam ikan juga turut disediakan di sini. Buat kaki pancing di luar sana yang menginginkan suasana tenang dan jauh daripada hiruk pikuk kota boleh cuba memancing di sini.

Menariknya, hasil tangkapan boleh terus dibakar ataupun dimasak oleh tuan homestay di sini nanti. Ikan segar dari sungai memang lain macam tau rasa dia gais!

 

Destinasi percutian homestay di Johor sememangnya menjadi satu perkara yang harus dicuba buat kaki travel di luar sana. Keistimewaan budaya Jawa serta ikatan silaturrahim yang terjalin sesama penduduk dan masyarakat di sini merupakan sesuatu yang amat bernilai.

Sama sekali berbeza dengan percutian di resort mahupun hotel mewah, hubungan serta pengalaman yang terbina sepanjang tempoh penginapan di sini pastinya akan berkekalan buat selama-lamanya.

Untuk tahu lebih info mengenai cara membuat tempahan dan senarai homestay yang tersedia, korang boleh lihat di jomhomestay.com

Selesai isu banjir nanti bolehlah bawa seisi keluarga bercuti dan menginap di 4 homestay di atas ye!

 

Baca Juga: Kubang Badak BioGeoTrail, ‘Hidden Gem’ Yang Korang Kena Pergi Di Langkawi

Tags:

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!