Ingin Berehat di Kampung? The Kilns House Sesuai Untuk Anda

Type to search

Ingin Berehat di Rumah Kampung? – ‘The Kilns House’ Sesuai Untuk Anda

Backpackerz Itinerari Kampung Urban

Ingin Berehat di Rumah Kampung? – ‘The Kilns House’ Sesuai Untuk Anda

Share
di

Setiap kali nak ber ‘staycation’ je mesti hotel ataupun resort yang moden dan mewah menjadi pilihan utama kan?

Selain daripada bermalam di tempat yang selesa, nyaman yang jauh dari kesibukan kota, anda juga boleh cuba bermalam di kawasan kampung.

Sabar, jangan kecam penulis dulu… tak semua penginapan di kawasan kampung itu panas, banyak nyamuk dan tandasnya di luar tau.

The Kilns House yang terletak di Jenjarom, Selangor ini menyediakan sebuah penginapan kampung ala-ala moden yang sangat menarik untuk dikunjungi.

Walaupun terletak di kawasan perkampungan jenjarom, rumah ini bakal menyajikan anda suasana nyaman serta mewah yang akan mengubah persepsi negatif terhadap penginapan di kawasan kampung.

Jika dilihat dari luaran memang seperti rumah biasa dan reka bentuk perumahannya yang simple ini langsung tidak menggambarkan apa yang penulis katakan seperti di atas.

di

“Don’t judge a book by its cover”

Mungkin dari luaran nampak kurang menarik, tetapi ruang dalaman nya sangatlah berbeza kerana mempunyai pelbagai kemudahan fasiliti yang sama seperti penginapan di resort dan hotel.

di

Mengekalkan ciri asli rumah kampung, perabot dan kerusi meja makan di sini semuanya jenis rotan dan klasik. Sekali lintas teringat suasana ruang tamu di kampung penulis dahulu… manakan tidak? Reka bentuk siling dan rumah papan yang digunakan sangat-sangat menggamit memori.

Mempunyai empat bilik tidur dan enam katil, penginapan di sini boleh memuatkan lapan orang dalam satu masa.

di

Turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti

  • Mesin basuh
  • Pengering rambut
  • Penghawa dingin
  • Peti sejuk
  • Mesin ketuhar
  • Tempat letak kenderaan percuma

Selain itu, segala alat kelengkapan di bilik mandi seperti tuala dan sabun juga disediakan dan boleh diminta tambah sekiranya perlu.

Jangan risau, anda tak perlu lagi nak bawa lampu suluh ke tandas macam zaman dahulu.

Mungkin ada sesetengah rumah kampung masih mengekalkan binaan tandas yang diletakkan di luar rumah, tetapi di The Kilns House, ruang tandas yang selesa dan bersih ini boleh digunakan di dalam rumah.

didi

Mempunyai water heater di tandas, membolehkan anda untuk mandi air panas jika cuaca sejuk. Maklumlah, suasana malam di kampung agak sejuk dan bila tiba waktu mandi pagi, mesti menggigil.

Bagi mereka yang rindukan suasana bermalam di kampung, bolehlah cuba bermalam sehari dua di sini. Sambil berehat dapat mengimbau suasana rumah kampung dahulu kala, memang syok!

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!