Indian Railways Kongsikan Itinerari 6 Hari 5 Malam Dari Mumbai ke Kashmir Dengan Bajet RM1,544 );

Type to search

Backpackerz Itinerari

Indian Railways Kongsikan Itinerari 6 Hari 5 Malam Dari Mumbai ke Kashmir Dengan Bajet RM1,544

Share
indian railways
  • Itinerari yang dikongsikan oleh Indian Railways ini akan bermula pada 25 dan 26 September 2021.
  • Kashmir mempunyai penginapan unik iaitu Shikara (Rumah Bot) yang memberikan pelancong pengalaman yang unik.
  • Antara tarikan popular di Kashmir adalah Srinagar, Gulmarg, Sonmarg dan Pahalgam.

Setelah hampir dua tahun border antarabangsa ditutup, Kashmir telah menjadi destinasi popular oleh pelancong kerana keindahan alam semulajadi di sana.

Baru-baru ini, Indian Railways Catering and Tourism Corporation (IRCTC) telah berkongsi itinerari khas buat pelancong yang ingin ke sana selama enam hari dari Mumbai ke Kashmir dengan pakej pelancongan bermula dari Rs 27,300 (RM 1,544) menggunakan penerbangan Indigo.

BACA: ‘Travelog Gadis Whilca’ Tanpa Sempadan – Zawani Wahab

Pakej ‘All-Inclusive’

Harga pakej yang dikongsikan oleh Indian Railways itu termasuklah tiket penerbangan, penginapan hotel, sarapan dan makan malam, perjalanan, perkhidmatan pengiring pelancongan IRCTC semasa lawatan, insuran perjalanan, tempat letak kereta, tol serta cukai.

Jadual Perjalanan Dari Mumbai ke Kashmir

Mumbai > Srinagar > Gulmarg > Sonmarg > Pahalgam > Mumbai

Hari Pertama: Mumbai > Srinagar

shikara

Sebaik sahaja anda sampai di Srinagar, anda akan dibawa ke Kuil Shankaracharya dan boleh daftar masuk ke Shikara (Rumah Bot).

Sambil-sambil itu, anda boleh luangkan waktu petang dengan mennikmati keindahan gunung yang menghiasi tasik atau boleh bersiar-siar dengan Shikara dengan kos sendiri.

Ia adalah penginapan satu malam berserta makan malam esklusif yang disajikan terus ke rumah perahu anda.

Hari Kedua: Srinagar > Pahalgam

Selepas sarapan, anda akan menuju ke Pahalgam yang mempunyai tempat-tempat menarik di lembah Betaab, Awantipura, Chandanwadi, dan lembah Aru.

Sebaik sahaja sampai di Pahalgam, anda boleh menyewa kenderaan tempatan atau menunggang kuda dengan kos sendiri kerana tidak disediakan dalam pakej.

Hari Ketiga: Pahalgam > Gulmarg > Srinagar

Seterusnya dalam jadual perjalanan adalah lembah Gulmarg yang diliputi salji yang indah. Sekiranya anda ingin menaiki Gondola, anda perlu menanggung kosnya.

Setelah bersiar-siar sepanjang hari, anda akan kembali ke Srinagar, makan malam dan berehat di sebuah hotel di Srinagar.

Hari Keempat: Srinagar > Sonmarg > Srinagar

Keesokan paginya, anda akan bertolak ke Sonmarg. Sekiranya anda ingin menyewa kuda untuk perjalanan ke glasier Thajiwas, anda harus menanggung kosnya sendiri. Apabila hari berakhir, anda akan kembali ke Srinagar.

Hari Kelima: Srinagar

Masjid Hazratbal.
Taman Mugal.

Hari terakhir dikhaskan untuk teroka ‘hidden place’ Srinagar yang merangkumi Taman Mughal, Nishat Bagh, Taman Shalimar, Masjid Hazratbal dan banyak lagi.

Anda boleh menempah malam anda untuk semua perbelanjaan yang telah anda rancangkan.

Hari Keenam: Kembali ke Mumbai

Selepas bersarapan, anda akan daftar keluar dari penginapan dan ke Lapangan Terbang Srinagar dan akan kembali ke Mumbai.

 

Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!