Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Travel Hanya Naik Kereta Api Dari Ipoh Hingga ke Amsterdam );

Type to search

Backpackerz Itinerari

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Travel Hanya Naik Kereta Api Dari Ipoh Hingga ke Amsterdam

Share
kereta api

Seorang lelaki yang bernama Aminfadhli Abd Rami telah berkongsikan pengalaman beliau travel ke Amsterdam dari Ipoh pada tahun 2019 dengan hanya menaiki kereta api sahaja.

Apa yang menariknya di sini adalah tempoh perjalanan yang memakan masa selama 45 hari merentas 12 negara untuk beliau tiba di destinasi tersebut.

BACA JUGA: KTMB Tambah Kereta Api, Sambut Pelancong Rentas Negeri

Kos perbelanjaan RM12,000 bagi 45 hari perjalanan

Perjalanan beliau bermula dari Ipoh ke Padang Besar dengan menaiki ETS selama 3 jam.

Kemudian beliau menaiki train SRT dari Padang Besar ke Bangkok yang memakan masa 16 jam. Setibanya di Bangkok, Amin beransur ke Nong Kai (sempadan Thailand) dengan menaiki train yang sama selama 12 jam.

Apabila sampai di sempadan Thailand tersebut, beliau menggunakan perkhidmatan Tuk-Tuk (kenderaan tiga roda) ke Vientiane di Laos. Untuk sampai ke destinasi seterusnya, beliau perlu menaiki bus selama 19 jam ke Vinh, Vietnam.

Dan dari Vinh ke Hanoi, beliau luangkan masa lagi 6 jam di atas kereta api. Dapat rehatkan badan di dalam kereta api yang berbeza agak menarik juga penulis rasa.

Jom kita lihat separuh lagi itinerari ringkas perjalanan ke Amsterdam:

  • Hanoi ke Beijing – 36 jam (train)
  • Beijing ke Jiningnan – 9 jam (train)
  • Jiningnan ke Erlian (sempadan China) – 6 jam (train)
  • Erlian ke Zamyn Uud Mongolia – Teksi rentas sempadan
  • Zamyn Uud ke Ulaan Baatar – 16 jam (Trans-Mongolian Railway)
  • Ulaan Baatar ke Irkutsk, Rusia – 24 jam (train)
  • Irkutsk ke Kazan – 69 jam (Trans-Siberian Railway)
  • Kazan ke Moscow – 16 jam (Trans-Siberian Railway)
  • Moscow ke Riga – 16 jam (Latjiva Express)
  • Riga ke Warsaw – 12 jam (Ecoline Bus)
  • Warsaw ke Berlin – 8 jam (Flixbus)
  • Berlin ke Amsterdam – 12 jam (Flixbus)

Jadi itulah dia perjalanan Aminfadhli dari Ipoh ke Amsterdam yang memakan masa selama 45 hari dan merentas 12 negara. Memang sangat mengagumkan sebenarnya.

Kita di Malaysia ini dari Kuala Lumpur pergi ke Kedah pun ramai yang mengadu lenguh badan dalam kereta, bayangkan Amin luangkan masa sebanyak 69 jam dalam train ketika ke Kazan.

Bagi anda yang suka travel tu mungkin boleh mengambil inspirasi dari perkongsian Amin ini.

Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

4 Comments

  1. Syed October 20, 2021

    Saya bersama isteri dan satu lagi couple juga pernah pergi menaiki train sahaja dari KL tetapi habya di China. Banyak peristiwa yg berlaku dan memandangkan kami bukanlah traveller hardcore, kami tetap berjaya sampai ke China dengan jayanya. Itu adalah satu pengalaman yg tidak dpt kami lupakan. Kalau pihak verst.com nak content mengenai pengembaraan kami, kami sedia membantu. Boleh hubungi saya di email address saya

    Reply
  2. Farhana Syahirah October 20, 2021

    Boleh team kami dapatkan email official encik?

    Reply
  3. didisoche October 22, 2021

    mana2 yg pernah naik trans siberian, salut !! sdh lama dalam angan2 nak naik kereta tu, tapi dari Johor ke Padang Besar pon belum dapat lagi..InsyaAllah, kalo tak saya, anak cucu pon boleh lah coba naik laluan tu.

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!