Peminat Kopi? Mungkin Boleh Singgah Kafe 'Rare' Di Penang Ini );

Type to search

Backpackerz Itinerari Makan-Makan

Peminat Kopi? Mungkin Boleh Singgah Kafe ‘Rare’ Di Penang Ini

Share
kopi

Tak lengkap rasanya jika travel tanpa menghirup secawan kopi. Tentu nikmat rasanya sambil mendengar kicauan burung dan deruan angin hutan.

Terdapat satu kafe ‘rare’ yang terletak di Monkey Cup Garden di Bukit Bendera. Dikatakan sebagai kafe tertinggi di Pulau Pinang.

Bagi anda yang masih belum menjejaki kaki tempat lepak pelancong sebelum pandemik, kafe Kopi Hutan ini berada pada ketinggian 730 meter. Sesuai untuk pengunjung yang lari dari kesibukan kota, suasana rumah dan perlu recharge kembali tenaga badan.

cafe
Foto ©melodiicheang

Jangan risau, anda tak perlu mendaki bukit ini untuk jejakkan kaki ke sana. Hanya perlu naik train ke atas. Sesudah sampai, pengangkutan disediakan seperti buggy dan kereta disediakan untuk jejak kaki ke kafe Kopi Hutan ini.

Team Backpackerz juga ingin singgah ke sana apabila kerajaan buka untuk rentas negeri nanti.

kopi hutan
Foto ©abkstudio
kopi
Foto ©melodiicheang
kopi hutan

Artikel berkaitan: Kafe Bukku, Membaca Sambil Menghirup K0pi Segar

kopi hutan
Foto ©jl.chong
kopi hutan
Foto ©abkstudio

Bagi pencinta k0pi, kafe ini menggunakan biji k0pi jenis Arabica dan boleh dipadankan dengan pelbagai jenis kek homemade yang ditawarkan.

Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan berbaloi. Boleh ambil gambar untuk OOTD juga.

Bayangkan, anda menghirup kopi yang segar, sambil melihat pemandangan yang hijau, pastinya membuatkan anda berat hati hendak tinggalkan tempat ini.

Bila rancang hendak singgah ke sini, jangan lupa buat carian tentang update terkini di Facebook mereka dahulu.

Dream now, travel later gais!

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!