Kubang Badak BioGeoTrail, ‘Hidden Gem’ Yang Korang Kena Pergi Di Pulau Langkawi );

Type to search

Backpackerz Itinerari

Kubang Badak BioGeoTrail, ‘Hidden Gem’ Yang Korang Kena Pergi Di Pulau Langkawi

Share

Pulau Langkawi sememangnya menjadi salah satu destinasi percutian popular di negara ini dengan lokasi menarik seperti Pantai Cenang, Tasik Dayang Bunting, Pulau Payar dan Kilim Mangrove yang sering menjadi tumpuan pengunjung di sini.

Namun tahukah anda bahawa terdapat sebuah lokasi ‘hidden gem’ yang tersembunyi di Pulau Langkawi? Kubang Badak BioGeoTrail merupakan destinasi yang sangat menarik untuk dikunjungi terutamanya selepas kebenaran merentas negeri diumumkan baru-baru ini.

Buat anda yang gemarkan suasana chill dan pemandangan bumi hijau yang jauh dari kesibukan kota, ini antara lokasi yang sesuai untuk anda terokai:

 

Kubang Badak Geopark

kubang

Pulau kecil ini terletak di hadapan jeti nelayan Kampung Kubang Badak dan dilitupi oleh hutan bakau muda yang merangkumi kesuluruhan kawasan kepulauan ini.

Istimewanya di sini, pulau ini merupakan lubuk buat kaki pancing hidupan laut seperti ketam, udang, lobster dan siput.

Kaki seafood memang sesuai sangat ke sini!

Difahamkan, terdapat pelbagai jenis udang yang boleh dijumpai di sini antaranya udang kara, udang harimau, udang galah dan juga ketam nipah.

Kalau teringin nak makan hidangan laut yang sedap dan segar, Kubang Badak Geopark merupakan destinasi pilihan yang wajib dikunjungi.

 

Crab Farm Langkawi

kubang

Terdapat pelbagai restoran makanan laut yang boleh diterokai oleh kaki seafood di luar sana, dan salah satu daripadanya adalah Crab Farm Langkawi.

Restoran ini cukup terkenal dengan hidangan mee ketam yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung di sini. Kepekatan kuahnya serta kemanisan isi ketam nipah yang ditangkap dan dimasak secara fresh cukup menarik untuk dinikmati oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke Kubang Badak.

kubang

Uniknya di sini, ketam yang dimasak merupakan hasil ternakan sendiri oleh pengusaha restoran dan difahamkan ianya menjadi kegilaan ramai masyarakat di sekitar Langkawi.

Menurut Encik Rusmizal yang merupakan pengerusi koperasi Yayasan Sungai Badak Kubang Berhad, Crab Farm Langkawi pernah menerima kunjungan daripada pelajar jurusan perikanan UiTM Perlis di awal pembukaan kolam ketam di sini.

kubang

“Mula beroperasi sebelum penularan wabak COVID-19, kami pernah menerima kunjungan pelajar daripada UiTM Perlis yang datang untuk berguru dengan kami.

“Meskipun negara dilanda wabak COVID-19, perusahaan ketam masih berjalan seperti biasa dan sentiasa mendapat pesanan yang tinggi daripada penduduk di sekitar Langkawi.

“Perancangan di masa hadapan, kami akan mengusahakan pelbagai lagi jenis hidupan laut seperti udang, lobster dan lain-lain bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk datang makan di sini,” katanya.

 

Pulau Dangli

kubang

Anda gemarkan pemandangan laut biru yang jernih di samping hidupan akuatik? Pulau Dangli ada segalanya.

Memiliki laut biru yang jernih dan pemandangan landskap indah di tengah-tengah kawasan kepulauan pasti membuatkan anda terpesona dengan keindahan alam semula jadi di sini.

Berpeluang untuk memberi makan hidupan laut di sini secara berhadapan, kedatangan anda pastinya akan disambut dengan puluhan ekor ikan daripada pelbagai jenis di sini.

Kalau nak buat aktiviti selam skuba di sini pun boleh tau!

Dah la tempat cantik, aman dan bersih pula tu. Ia sememangnya satu pengalaman yang sangat menarik untuk dilakukan dan dicatatkan dalam diari percutian anda.

Tidak dinafikan bahawa masih ramai yang kurang tahu dan belum pernah berkunjung ke Kubang Badak kerana ianya kurang dikenali berbanding lokasi lain di sekitar Langkawi.

kubang

Sekiranya anda gemarkan suasana aman dan ingin menghirup udara segar di kawasan kepulauan yang masih belum diterokai ramai, sini la tempat yang paling sesuai untuk anda memiliki masa me-time.

Segala kemudahan seperti bot pelancong dan aktiviti di sini boleh ditempah di Facebook Biogeo Infinity Adventure atau anda juga boleh hubungi di talian 013-445 5644.

Buat anda yang bercadang untuk bercuti, penulis sarankan untuk berkunjung dan teroka ke Kubang Badak BioGeoTrail. Jom plan dengan geng travel korang hujung minggu ni!

 

Baca Juga: Pulau Tuba ‘Hidden Gem’ di Langkawi, Ini 6 Aktiviti & Itinerari Yang Boleh Anda Lakukan

Tags:

You Might also Like

4 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!