Dah Bosan Mandi Swimming Pool? 4 Lokasi Hot Springs Ini Perlu Anda Kunjungi );

Type to search

Dah Bosan Mandi Swimming Pool? 4 Lokasi Hot Springs Ini Perlu Anda Kunjungi

Backpackerz Hiking & Outdoor Itinerari

Dah Bosan Mandi Swimming Pool? 4 Lokasi Hot Springs Ini Perlu Anda Kunjungi

Share

Percutian di hotel ataupun resort selalunya akan dilengkapi dengan swimming pool yang menjadi tarikan utama buat pengunjung terutamanya golongan kanak-kanak.

Boleh dikatakan hampir 90% golongan dewasa lebih gemar untuk berehat dan menikmati percutian menenangkan yang jauh dari suasana kacau bilau. Tetapi apakan daya, kebanyakan hotel sering menawarkan kolam renang sebagai pengubat kebosanan buat pengunjung.

Penulis sendiri pun jarang bermandi manda di swimming pool kerana selalunya kanak-kanak yang akan lebih teruja untuk bercuti di lokasi seperti ini.

Tahukah anda bahawa selain daripada kolam renang, terdapat beberapa penginapan di hotel ataupun lokasi yang menawarkan kolam air panas?

Sabar dulu… penulis tahu cuaca di Malaysia ketika ini semakin panas tapi tahukah anda bahawa kolam air panas boleh mengubati pelbagai penyakit seperti tekanan, lenguh badan, mengeringkan kesan luka serta membantu melancarkan semula pengaliran darah.

Artikel pada kali ini, penulis akan kongsikan antara lokasi hot spring yang menarik untuk anda kunjungi pada musim percutian.

 

The Banjaran Hot Springs Retreat

Hot

Resort yang terletak di Ulu Kinta Perak ini menawarkan kolam air panas yang boleh dinikmati seisi keluarga. Berlatar belakangkan landskap tumbuhan hijau flora, menjadikan ia sebagai lokasi yang sangat menarik bagi anda yang menginginkan ketenangan dan suasana yang nyaman.

Selain daripada lokasi hot springs yang mencuri tumpuan, resort ini terletak tidak jauh dari taman tema air Lost World of Tambun dan pusat membeli belah Kinta City.

Jika anda hadir bersama keluarga yang mempunyai ramai anak kecil, anggaplah masalah anda telah pun selesai.

Buat anak-anak kecil yang lebih gemar ke taman tema air, boleh la berkunjung ke sana manakala anda yang inginkan masa ‘me time’, jom berehat di The Banjaran Hot Springs Retreat!

 

Hot Springs Jasin

Hot

Mungkin ada sesetengah orang berpendapat, kolam air panas tidak sesuai untuk kanak-kanak dan hanya orang dewasa sahaja yang diizinkan untuk memasuki ke tempat seperti ini.

Namun lain pula ceritanya di Hot Springs Jasin, lokasi ini dilihat lebih mengutamakan golongan kanak-kanak sebagai pengunjung mereka.

Berkonsepkan seperti taman tema air, tempat ini menyediakan permainan seperti gelongsor air, papan luncur air, air pancut, belon dan juga pelampung kanak kanak. Pendek kata, tempat ini mirip seperti di taman tema air cuma yang membezakannya adalah jenis air kolam yang disediakan.

Turut menyediakan ruang perkhemahan dan ‘barbeque’, buat mereka yang ingin merancang ke sini bersama rakan-rakan ataupun seisi keluarga bolehlah berkhemah di sini. Makan ayam panggang sambil mandi kolam air panas memang layan. Bukan sahaja makanan sihat, bahkan air mandian pun menyihatkan tubuh badan!

Lebih menarik, tempat ini dibuka dari jam 12 tengahari sehingga 12 malam tau… buat mereka yang pulang kerja lewat petang, jom pulihkan keletihan anda di Hot Springs Jasin.

 

La Hot Spring, Terengganu

Hot

Terletak di daerah Jerteh, Kuala Terengganu merupakan lokasi air panas yang wajib anda kunjungi jika singgah ke negeri pantai timur ini.

Air panas semulajadi yang turun dari bukit ini sangat-sangat menarik untuk dinikmati kerana kehangatan dan kejernihan air yang dimiliki tidak dapat dinikmati di mana-mana lokasi lain. Terletak di bahagian atas bukit, memerlukan anda untuk menaiki beberapa anak tangga yang disediakan untuk sampai ke destinasi.

Terbahagi kepada beberapa tempat, bagi anda yang menginginkan privasi boleh juga ke kawasan kolam air panas di bahagian bawah.

Sedikit maklumat tambahan yang ingin penulis kongsikan buat anda, uniknya di La Hot Spring ini, kawasan perairan di bukit ini terbahagi kepada dua jenis air iaitu air semulajadi panas dan juga air semulajadi sungai.

Hot

Secara dasarnya, pengunjung bakal menikmati keindahan semulajadi air sungai yang sejuk dan pada masa yang sama air panas di bahagian atas.

Menarik bukan? Kalau tak tahan panas, bolehlah bermandi manda di kawasan air sungai… Difahamkan, terdapat juga kawasan air terjun yang terletak di puncak, kalau anda rajin boleh la lakukan aktiviti pendakian pula di sini.

 

Merarap Hotspring, Sarawak

Bumi sarawak cukup terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan semestinya lokasi air panas dari pergunungan turut menjadi antara tarikan utama pengunjung di sini.

Merarap Hot Spring terletak kira-kira 70 km dari Kota Lawas, dan hanya 3 jam dari Penawan Waterfalls Eco-Park. Ianya dibina di atas kawasan desa seluas 5 hektar dan dikelilingi hutan yang masih belum diterokai. Sekaligus menjadikan tempat ini sebagai lokasi ideal untuk anda berehat dan rekreasi.

Hot

Air panas disalurkan dari sumber gunung berdekatan dan mempunyai empat kolam dengan suhu yang berbeza bagi memastikan keselesaan pengunjung di sini.

Buat pengamal yoga, kawasan ini dikatakan sangat sesuai buat anda kerana terletak di dalam kawasan hutan yang rimbun dan kedengaran suara air yang mengalir dari bukit pastinya menjanjikan ketenangan yang tidak ternilai.

Dah bosan dengan mandian swimming pool? Jom ajak rakan-rakan dan keluarga anda ke 4 lokasi di atas. Sesekali mandi hot spring pun syok juga, dan yang paling penting dapat menyihatkan tubuh badan!

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!