Rumah Pokok Gaya Purba Di Era 2021-Rainforest Tree House );

Type to search

Backpackerz Itinerari

Rumah Pokok Gaya Purba Di Era 2021 – Rainforest Tree House Janji Keunikan

Share
pokok

Pernah terfikir macam mana kehidupan di atas pokok? Mesti korang terus terfikir filem Tarzan dan Jack the Giant Slayer kan?

Pendek kata, memang susah nak bayangkan macam mana kehidupan di atas pokok sebab kehidupan manusia secara amnya di atas tanah.

Bagi yang teringin nak rasa pengalaman kehidupan di atas pokok bolehlah berkunjung ke Rainforest Tree House, Johor. Di sini merupakan tempat yang paling sesuai untuk korang berehat seketika daripada kehidupan yang sesak di tengah bandar.

pokok

Pencinta alam flora dan fauna pastinya akan teruja melihat suasana landskap yang terdapat di sini. Manakan tidak, tempat penginapan yang disediakan terletak nun jauh di atas pokok maka dengan itu korang memang akan nampak pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan dari pandangan atas.

Tempat ini mempunyai 6 buah rumah pokok bersaiz kecil dan 2 buah rumah besar yang boleh menampung sehingga 12 orang. Kalau nak ajak kawan-kawan bercuti atau lepak chill sambil hirup udara segar dekat sini pon takda masalah, boleh tempah rumah besar terus!

pokok

Selain menyediakan pakej penginapan yang menarik, segala aktiviti makan minum di sini juga akan disediakan. Kalau korang sukakan aktiviti yang extreme dan mencabar, bolehlah mendaki  ke kawasan air terjun yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan.

Sesekali mandi air terjun di tengah-tengah hutan tropika ni pon syok jugak kan? Sambil-sambil korang berendam, layan pula lagu Zainal abidin bertajuk Hijau, lirik lagunya memang akan buat korang terasa nyaman dan tenteram. Tak percaya cuba la ye… hihi

Selain daripada itu, korang juga boleh bersiar-siar ke taman organik sambil menikmati keenakan kopi asli yang disediakan di kafe berhampiran. Hidangan high tea juga turut disediakan di sini seperti kuih muih, kek dan roti.

pokok

Suasana lewat petang di sini menjadi kegilaan ramai kerana boleh menikmati pemandangan sunset dari pandangan atas pokok, dan rata-rata yang pernah ke sini pasti tidak akan melepaskan peluang berharga ini.

Maka dengan itu, tidaklah keterlaluan jika penulis mengatakan tempat ini sebagai lokasi percutian yang rare dan sangat menarik kerana mempunyai keunikan dan tarikannya yang tersendiri.

Terasa nak lari dari hiruk pikuk kehidupan kota? Kesesakan lalu lintas dan asap debu kilang? Jom ‘beli jiwa’ korang dan rehatkan minda di Rainforest Tree House.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!