Nak Cuba Travel Solo Kali Pertama? Jom Pusing Selangor Dulu! );

Type to search

Backpackerz Itinerari

Nak Cuba Travel Solo Kali Pertama? Jom Pusing Selangor Dulu!

Share
solo

Travel secara solo bukan lah sesuatu yang asing lagi di Malaysia dan rata-rata masyarakat dilihat lebih gemar melancong secara bersendirian atas faktor-faktor tertentu.

Tidak dinafikan bahawa travel bersama seisi keluarga dan rakan-rakan sememangnya menyeronokkan namun percutian seorang diri juga mempunyai daya tarikan tersendiri yang turut digilai ramai.

Buat anda yang baru kali pertama nak mencuba, apa kata mulakan pengembaraan solo anda di Selangor?

Berikut merupakan 5 lokasi di sekitar Selangor yang sesuai untuk diterokai sekiranya anda mahu menjadi seorang solo traveller.

 

Memancing di Pulau Ketam

solo

Pulau Ketam bukanlah sebuah tempat yang asing buat penggemar aktiviti memancing, terutamanya di Negeri Selangor.

Pulau Ketam terletak berhampiran dengan Pelabuhan Klang dan merupakan lokasi popular untuk melakukan aktiviti perikanan. Menjadi lokasi tumpuan kaki pancing, semestinya ia bakal menjadi ‘lubuk’ buat anda yang gemarkan makanan hidupam laut.

Aktiviti rekreasi sambil memancing di sini bakal menjanjikan ketenangan dan masa ‘me-time’ yang berkualiti buat anda kerana lokasinya yang sedikit jauh dari hiruk-pikuk kota.

Sekurang-kurangnya hilanglah seketika masalah di tempat kerja kan?

 

Kenali Sejarah Sektor Automobil Negara di Muzium Automobil Nasional

solo

Terletak di Welcome Centre, Litar Antarabangsa Sepang, muzium ini miliki ruang pameran seluas 7,949 kaki persegi di tingkat bawah dan 10,577 kaki persegi di tingkat satu.

Menampilkan pelbagai sejarah perkembangan industri automotif negara, tingkat bawah muzium ini mempamerkan pengenalan kepada Muzium Automobil Nasional serta sejarah perkembangan sistem pengangkutan di Malaysia dan rekaan kereta-kereta terawal.

solo

Manakala di tingkat satu pula memaparkan industri permotoran di Malaysia secara umum. Secara keseluruhan, anda bakal menyaksikan lebih daripada 20 model tempatan dan antarabangsa termasuk kereta antik di sini.

 

Jom Makan Mee Udang Banjir di Kuala Selangor

solo

Makanan yang wajib anda cuba ketika berada di Daerah Kuala Selangor adalah Mee Udang Banjir yang pasti membuatkan anda terliur!

Sebagai solo traveller, semestinya makanan murah dan sedap menjadi tumpuan kan? Maklumlah, melancong sorang kena la berjimat cermat kalau takut terlebih belanja.

Tapi jangan risau… mee yang disajikan di sini harganya sangat berpatutan dan saiz udang yang dihidangkan sangat besar. Penulis yakin ianya bakal memberikan satu kepuasaan buat anda sekiranya berkunjung ke sini.

 

‘Cuci Mata’ dan Membeli-belah di 1 Utama Shopping Centre

Aktiviti yang santai dan paling diminati ramai adalah membeli belah, sambil ‘cuci mata’!

1 Utama Shopping Centre merupakan Pusat Membeli-Belah terbesar di Malaysia yang tidak lekang dari kunjungan pelanggan.

Merupakan lokasi yang paling ideal untuk dikunjungi kaki shopping, pusat membeli-belah ini menawarkan deretan kedai yang menjual pelbagai barangan yang boleh memenuhi segala keperluan dan keinginan anda!

Selain itu, di sini anda juga boleh mencuba aktiviti sukan seperti FlowRider, AirRider dan juga Indoor Skydiving untuk merasai pengalaman yang luar biasa!

 

Lakukan Aktiviti Bersama Hos Komuniti Selangor!

solo

Habiskan masa terluang anda dengan melakukan aktiviti bersama bersama Hos Komuniti yang bertempat di 9 Daerah di Negeri Selangor!

Hos Komuniti Selangor merupakan sekumpulan komuniti dengan pelbagai latar belakang, namun pastinya sangat dekat dengan cara hidup masyarakat setempat di sesebuah Daerah di Negeri Selangor.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama Hos Komuniti seperti belajar memancing dan lihat proses pemprosesan kelapa secara tradisional di Sabak Bernam, atau belajar cara pemprosesan dan resipi memasak tempeh yang lazat dari Hos Komuniti di Kuala Langat!

Kalau nak cuba melancong secara solo, nasihat penulis cuba dulu bercuti dalam negara sebagai permulaan bagi membiasakan diri untuk beraktiviti dan begerak secara berseorangan.

Sekiranya anda mempunyai perancangan untuk melancong secara solo, pastikan anda Pusing Selangor Dulu dan singgah ke destinasi yang telah disenaraikan di atas!

 

Baca Juga: Aktiviti ‘Rare’ & Projek Baru Yang Korang Kena Cuba Di Sky Cab Langkawi Masa Cuti Nanti

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!