Jabatan Perhutanan Tetapkan SOP Baharu Untuk Aktiviti Pendakian, 1 Jurupandu Untuk 7 Peserta
Share

Bermula tahun 2021, Jabatan Perhutanan telah mengeluarkan SOP baharu yang menetapkan nisbah seorang jurupandu untuk tujuh orang peserta bagi setiap aktiviti pendakian bukit atau gunung yang mempunyai ketinggian lebih 457.2 meter di Semenanjung Malaysia.
Memetik laporan Bernama, Pengarah Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Mohd Yussainy Md Yusop berkata peraturan itu adalah salah satu langkah keselamatan untuk para pendaki dan untuk mengawal wabak COVID-19 .