Jangan Lupa Singgah Kepulauan Melayu di Australia Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Feast

Jangan Lupa Singgah Kepulauan Melayu di Australia

Share

Melancong ke luar negara memang dapat membuka pandangan dan belajar adat budaya mereka.

Mengapa kita melancong ke luar negara dan tidak singgah melawat ‘saudara’ kita yang sudah terpisah beratus tahun dahulu?

Jika anda ke Australia, jangan lupa ke Pulau Cocos dan Pulau Krismas. Dua kepulauan Melayu di Australia yang masih mengekalkan gaya hidup seperti Melayu Nusantara.

Pulau Cocos

Pulau Cocos dikenali sebagai Keeling. Terdapat lebih kurang 600 orang penduduk Melayu dan beragama Islam.

Mereka masih mengamalkan kehidupan cara hidup Melayu. Adat budaya masih dikekalkan seperti bersanding, kenduri-kendara, rewang, berkompang, memakai baju kurung dan baju Melayu.

Walaupun anak muda di kepulauan ini sudah berhijrah ke bandar besar Australia, mereka berharap identiti Melayu tidak semakin pudar dan masih kuat untuk mengekalkan orang Malayu di Pulau Cocos.

Walaupun jauh daripada Nusantara, penduduk pulau ini masih mengambil berat mengenai orang Melayu di Malaysia melalui media sosial.

Pulau Krismas

Pulau Krismas dan Pulau Cocos terpisah lebih kurang 900 meter. Kawasan pulau ini adalah 135 km persegi yang memuatkan 1500 penduduk. Nama lain Pulau Krismas adalah Kampong Flying Fish Cove.

Walaupun Pulau Krismas di bawah pentadbiran Australia, mereka juga tidak meninggalkan budaya Melayu seperti penduduk Pulau Cocos. Terdapat masjid At-Taqwa untuk penduduk beribadat dan berhimpun apabila menyambut hari keraian seperti Hari Raya dan Maulud Nabi.

Penduduk terawal di pulau ini berasal daripada Indonesia dan Malaysia. Oleh itu, adat budaya memang tidak jauh beza dengan Melayu di Malaysia.

Mereka sedaya upaya kekalkan tradisi nenek moyang di negara Australia supaya tidak dilupakan begitu saja.

Jadi jika anda ke Australia, jangan lupa pergi ke Pulau Cocos dan Pulau Krismas. Dua pulau Melayu yang berada di negara ‘orang putih’. Sangat unik dan seronok. Semestinya anda tidak akan rasa kekok kerana anda akan merasakan seperti singgah di sebuah perkampungan di Malaysia.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!