Jepun Bakal Tarik Sekatan Keluar Negara Untuk 12 Buah Negara, Termasuk Malaysia - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita

Jepun Bakal Tarik Sekatan Keluar Negara Untuk 12 Buah Negara, Termasuk Malaysia

Avatar
Share

Jepun bercadang untuk menarik semula larangan perjalanan keluar negara ke 12 buah negara bermula bulan depan, lapor akhbar Yomiuri hari ini.

Antara 12 negara yang tersenarai adalah China, Taiwan, Australia, New Zealand, Singapura, Korea Selatan, Vietnam dan juga Malaysia, menurut akhbar berkenaan.

Kerajaan Jepun, yang ketika ini menguatkuasakan sekatan perjalanan ke 159 buah negara, bagaimanapun akan menasihatkan pelancong supaya ‘menahan diri’ daripada lawatan yang tidak perlu dan tidak penting ke 12 negara tersebut, kata akhbar itu.

The Nikkei semalam melaporkan Jepun merancang untuk membenarkan ahli perniagaan warga negara Jepun dan asing dengan status residen masuk semula ke negara ini tanpa perlu menjalani tempoh kuarantin dua minggu.

Pengecualian itu akan diberikan kepada ahli perniagaan yang kembali ke Jepun dan mengemukakan jadual perjalanan serta keputusan ujian PCR negatif semasa ketibaan. Mereka yang diberi kelonggaran itu juga tidak dibenar menggunakan pengangkutan awam.

Keputusan akhir mengenai prosedur kemasukan semula itu akan diputuskan pada bulan ini, lapor Nikkei.

Jumlah pengecualian tersebut bagaimanapun akan dihadkan, tetapi angka sebenar masih belum ditetapkan.

Terdahulu, Jepun telah melonggarkan perjalanan dua hala dengan negara-negara seperti Korea Selatan dan Vietnam, dan sudah membenarkan residen dari mana-mana negara masuk sejak bulan Oktober.

[Sumber: Reuters]
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!