Jepun Rancang Buka Pintu Sempadan Kepada Pelancong Mulai April 2021 - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Jepun Rancang Buka Pintu Sempadan Kepada Pelancong Mulai April 2021

Avatar
Share
Tokyo
  • Jepun sudah melengkapkan persiapan kemasukan pelancong menjelang Olimpik Tokyo 2020 sebelum COVID-19 mula menular di seluruh dunia.
  • Shinzo Abe bersetuju menangguhkan temasya itu untuk tempoh setahun selepas berbincang dengan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
  • Olimpik Tokyo 2020 dijadualkan akan berlangsung pada musim panas 2021 & dijenamakan sebagai Tokyo 2020.
  • Featured image – Getty Images

Keputusan menangguhkan sesuatu temasya mahupun penganjuran acara dunia merupakan tugas berat yang perlu dipikul oleh Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Pasti pilihan yang ada ditangannya ketika itu adalah meneruskan Olimpik Tokyo atau tunda atas faktor penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.

Kedua-dua meninggalkan impak yang postifi dan negatif khususnya Tokyo selaku tuan rumah.

Tokyo

Bayangkan segala persiapan yang dilakukan operator pelancongan, agensi percutian mahupun promosi media untuk menarik minat pelancong sempena temasya itu terpaksa dihentikan angkara pandemik.

Jepun antara negara rantau Asia yang menerima kedatangan pelancong yang ramai dari seluruh pelosok dunia.

Gabenor Tokyo, Yuriko Koike secara berasingan memaklumkan bahawa temasya sukan terbesar itu akan dijayakan pada musim panas 2021 dan bakal dijenamakan semula sebagai Tokyo 2020.

Jadi, adakah pengumuman tersebut menunjukkan kesediaan Jepun membuka semula pintu sempadan mereka kepada pelancong asing menjelang Sukan Olimpik Tokyo?

Memetik laporan Food Diversity Today, Jepun sedang mempertimbangkan kaedah terbaik untuk memansuhkan larangan kemasukan pelancong antarabangsa dan merancang untuk menerima inbound travelers secara percubaan seawal April 2021.

Ketika ini, Jepun mengetatkan kawalan pintu sempadan dengan sekatan kemasukan pelancong melibatkan 158 negara dan wilayah disebabkan pandemik.

Jepun
Shibuya crossing

Baru-baru ini, Jepun telah melonggarkan sekatan larangan untuk tujuan business traveler dari negara-negara Asia tertentu termasuk Thailand, Taiwan, Singapura dan Malaysia dengan mengenakan syarat yang cukup ketat.

Japan Official Government Tourism Board melaporkan bahawa tidak ada tanda-tanda awal untuk sempadan negara matahari terbit itu akan dibuka kepada sejumlah besar pelancong sehingga penghujung tahun ini.

Walaubagaimanapun, Kerajaan Jepun sedang meneliti untuk membuka semula pintu masuk untuk semuka pelancong antarabangsa seawal musim panas tahun depan.

Idea tersebut susulan keputusan IOC dan Tokyo untuk melangsungkan Sukan Olimpik pada Julai 2021 selepas terpaksa ditunda akibat penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.

Nikkei turut melaporkan bahawa Jepun menyasarkan untuk menerima kemasukan pengunjung antarabangsa secara meluas semasa penganjuran Olimpik tanpa mengetatkan syarat untuk vaksinasi wajib atau kuarantin.

Jepun

Menjelang persiapan temasyan itu pada tahun depan, Jepun akan menyediakan beberapa garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) pelancongan baharu sebelum memansuhkan sekatan kemasukan pelancong asing ke negara itu.

Sama-sama kita nantikan pengumuman tersebut. Buat masa ini, rancanglah percutian dalam negara dengan norma baharu dan rebut pelbagai tawaran menarik – baca di sini.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!