Jom Ikuti “Healing Trip” di Pulau Jeju, Korea Selatan! - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asia Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Jom Ikuti “Healing Trip” di Pulau Jeju, Korea Selatan!

Share

Perintah Kawalan Pergerakan dan perintah larangan untuk merentas negara sudah semestinya membuatkan anda tidak sabar untuk merancang pengembaraan dan percutian idaman anda yang seterusnya kan?

Pastikan anda jangan lupa untuk memasukkan Pulau Jeju ke dalam “top bucket list” anda selepas ini! 

Jeju yang sinonim dengan gelaran “Hawaii of Korea” dan kaya dengan budaya serta sejarah yang unik kini perlahan-lahan menjadi tumpuan destinasi mesra-Muslim.

Pulau terbesar di Korea Selatan ini sekarang mempunyai 25 restoran mesra Muslim yang anda boleh kunjungi.

Tanpa membuang masa lagi, jom kita terokai lokasi serta aktiviti menarik untuk “Healing Trip” kita di Pulau Jeju! Jeju-do, Kagemashi! (Jom!)

Pulau Udo

Pulau Jeju dikelilingi oleh pulau-pulau kecil seperti Udo, Biyangdo, Gapado dan Marado. Pulau Udo terletak 3.5km dari pantai timur laut pulau Jeju dan anda boleh melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan di sana seperti berbasikal, mendaki, menunggang kuda, dan memancing.

Jika anda ialah seorang “food-hunter”, anda WAJIB mencuba nasi goreng “seafood” Hallasan dan aiskrim kacang (peanut ice-cream) yang semestinya sangat ikonik di sini. Bagaimana nak ke sana? Anda boleh ke Pulau Udo dengan menaiki feri dari Pelabuhan Seongsan yang berlepas setiap 30 minit.

Perjalanan mengambil masa sekitar 15 minit dan harga tiket adalah kurang dari RM20 untuk setiap perjalanan.

Healing Forest

Hutan sememangnya mempunyai pelbagai elemen yang dapat meningkatkan imunisasi dan bantu memulihkan kesihatan mental dan fizikal anda. Anda boleh tenangkan minda sambil menghirup udara yang bersih dengan menyusuri hutan menghijau yang subur seperti di Hutan Gotjawal dan Seogwipo Healing Forest.

Seogwipo Healing Forest menawarkan program-program “healing” yang menarik seperti Laluan Aroma Hutan Bingsakbingsak (5.1km, kira-kira 90 minit perjalanan), Laluan Godakgodak Nolmeong (5.2km, kira-kira 90 minit perjalanan) dan Laluan Solzagisi Oreum (5.3km, kira-kira 120 minit perjalanan).

Lengkapkan perjalanan anda dengan mencuba sajian vegetarian istimewa Jeju – “Charong healing lunchbox” yang kaya dengan perisa dan ramuan semula jadi yang hanya boleh didapati di pulau Jeju ini.

Seogwipo Healing Forest: www.visitjeju.net

Berkelah Di Jeju

Tanah Jeju yang luas, landskapnya yang indah dan cuaca yang nyaman sememangnya sangat sesuai untuk dijadikan tempat berkelah. Anda boleh bersantai di Abu Oreum, pantai Hamdeok, Seongsan Ilchulbong dan Tokkiseom Cafe sambil membaca buku, menikmati pemandangan, berborak bersama orang yang tersayang dan mengisi perut dengan makanan yang lazat.

Sekiranya anda ingin berkelah berhadapan ladang teh hijau, suasana di Innisfree Jeju House pasti akan membuatkan anda terpukau! Anda tiada masa untuk menyediakan makanan untuk berkelah? Jangan risau, anda boleh mendapatkan set piknik atau “picnic basket” yang sedap dan comel di sekitar Pulau Jeju.

Olle Trail (Laluan Pejalan Kaki)

Sekiranya anda ingin melihat warna dan budaya Jeju yang menakjubkan secara PERCUMA, anda semestinya perlu cuba merentasi Olle Trail (laluan pejalan kaki) merangkumi Pulau Jeju dan beberapa pulau-pulau kecil di sekitarnya!

Pulau Jeju mempunyai 26 laluan Olle dan setiap laluan mempunyai jarak, tahap kesukaran dan daya tarikan yang berbeza.

Olle Trail nombor 6, 8 dan 10 adalah antara denai yang sangat popular dalam kalangan pengunjung ke Pulau Jeju.

Jika anda ingin berehat, terdapat banyak kafe vintaj, restoran, hotel dan guest house yang akan anda jumpa di sepanjang laluan pejalan kaki ini.

Laman web Olle Walk: Jeju Olle Trail Guide

Glamping

Apabila langit malam di Jeju melabuhkan tirainya, anda boleh berglamping di bawah kerlipan langit malam Jeju sambil berbabeku di hadapan khemah moden atau karavan anda. Tapak-tapak perkhemahan selalunya akan menyediakan kemudahan asas seperti kerusi, katil, bilik mandi dan dapur untuk kemudahan anda.

Antara lokasi-lokasi yang menjadi kegemaran penduduk tempatan ialah Hamdeok Camping Star Caravan, Jayeonin, Jeju Glamping Muhanjamihyang, Bellita Camping Site dan Jeju Huerim.

Jayeonin: http://jejujayeonin.com

AROUNDFOLLIE: www.aroundfollie.com

Aktiviti-aktiviti lain yang “BEST”

Haenyeo atau penyelam wanita adalah budaya dan warisan yang sangat penting dalam masyarakat Jeju. Anda dapat menambahkan pengetahuan terhadap tradisi haenyeo Jeju dengan mendaftar di sekolah menyelam mereka. Anda boleh belajar rahsia dan teknik bagaimana mereka boleh menyelam sedalam 10 meter tanpa menggunakan alatan moden untuk menangkap hidupan laut.

Selain itu, anda juga boleh memanjakan diri setelah seharian penat berjalan dengan menjalani rawatan “aroma foot bath” di Jeju Herb Dongsan. Aktiviti memetik buah limau “tangerine” adalah aktiviti yang WAJIB dilakukan ketika anda mengunjungi Jeju terutama pada musim sejuk.

Anda boleh serlahkan bakat terpendam anda dalam bidang pastri dengan mengikuti kelas membuat pai tangerine yang enak di Totoatelier. Anda boleh membuat lilin yang comel bertemakan Pulau Jeju di Miyo Candle untuk dibawa pulang sebagai tanda kenangan anda di sini.

Jeju Herb Dongsan: http://www.herbdongsan.com/

Jejustagram!

Percutian anda di Jeju tidak akan lengkap tanpa memenuhi “Instagram feed” anda dengan foto-foto yang WOW. Tempat pertama yang anda perlu kunjungi ialah Corner Closet yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju. Bangunan unik berwarna biru ini juga merupakan sebuah kedai pakaian dan cenderamata.

Pemandangan Deokmori Coastal Road ketika matahari terbenam sungguh menakjubkan! Jika anda seorang yang sukakan pelangi, jangan lupa untuk mengambil gambar di Dodudong Rainbow Coastal Road dan Deoreok Elementary School.

Café Oreuda yang terletak berdekatan dengan Seongsan Sunrise Peak akan membuat anda merasa ala-ala “stairway to heaven”.

Akhir sekali, jangan lepaskan peluang untuk melawat Boromwat di mana anda boleh mengambil gambar bunga lavender yang mengagumkan!

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi Visit Jeju di: Visit Jeju 

Facebook: Visit Jeju 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!