Asia Tenggara Ada Salji? Jom ke Daerah Sa Pa, Vietnam! );

Type to search

Backpackerz Asean Travel Fest

Asia Tenggara Ada Salji? Jom ke Daerah Sa Pa, Vietnam!

Ain Huda
Share

Yang kita tahu Vietnam adalah negara tropika yang tidak mempunyai musim salji tetapi tidak di kawasan pergunungan Phia Oac dan Gunung Mao Son yang terletak di daerah Sa Pa, Vietnam. Kawasan ini mempunyai keunikan luar biasa iaitu cuaca sejuk dan bersalji. Ye, Vietnam ada salji!

Kawasan Pergunungan ini semakin mendapat perhatian pelancong kerana bukan mudah Asia Tenggara bercuaca sejuk hingga turun salji. Fenomena bersalji biasanya bermula bermula pada 15 Disember dan 1 Januari. Musim sejuk yang melanda boleh mencecah bawah negatif lima darjah celcius yang merupakan tempoh paling sejuk di kawasan Sa Pa.

Walau bagaimanapun, keajaiban salji ini tidak di seluruh kawasan daerah tersebut. Menurut beberapa pelancong, ada kawasan yang mempunyai salji antaranya Heaven Gate, Silver Fall atau Bat Xat Commune, Hoang Lien Son Mountain dan O Quy Ho Pass.

Mengambil masa lebih kurang 20 hingga 40 kilometer untuk ke kawasan bersalji dari bandar Sa Pa. untuk menuju ke Y Ty Pass. Y Ty Pass adalah kawasan paling popular bagi pelancong kerana pergunungan tersebut lebih kerap turun salji dan memiliki pemandangan yang cantik dari atas. Ladang yang bertingkat membuatkan salji memenuhi kawasan tersebut.

Lebih mengagumkan penduduk setempat boleh berbahasa Inggeris dan Perancis. Jadi, sangat mudah pelancong asing berkomunikasi dengan penduduk. 

Selain daripada itu, mereka juga peramah dan baik hati, suka memberi makanan dan minuman kepada pelancong yang melawat ke pergunungan yang boleh dikatakan semakin hari semakin ramai pelancong asing. 

Jika anda ingin melawat pergunungan bersalji ini, pastikan pakai pakaian yang bersesuaian seperti topi berbulu, sarung tangan, jaket tebal, kasut dan sebagainya. Jangan lupa bawa barangan peribadi dan ubat-ubatan sepanjang berada di Sa Pa untuk kegunaan kecemasan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!