Jualan Tahun Baharu, Malaysia Airlines Tawar Diskaun 'Special' 2020 - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Airlines Berita Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Tips Visit Malaysia 2020

Jualan Tahun Baharu, Malaysia Airlines Tawar Diskaun ‘Special’ 2020

Share
  • Tourism Malaysia giat melakukan kempen intensif menarik kehadiran pelancong di empat buah negara.
  • Malaysia Airlines turut merancakkan Tahun Melawat Malaysia 2020 dengan tawaran diskaun tambang.
  • Jualan tahun baharu Malaysia Airlines bermula hari ini sehingga 20 Januari 2020 untuk perjalanan sehingga 31 Disember 2020.

Bagi korang yang berhasrat memulakan tahun 2020 untuk meneroka budaya, tempat tarikan baharu atau buru makanan tempatan yang menyelerakan, ini waktu yang sesuai!

Malaysia Airlines tengah rancak mempromosikan jualan tahun baharu bermula hari ini, dengan tawaran diskaun tambang sehingga 35 peratus bagi Kelas Ekonomi dan Perniagaan.

Nikmati Hospitality Malaysia Airlines

Mana yang tak sempat nak kumpul duit untuk percutian ke luar negara, tak perlu susah-susah. Ini lah masanya Visit Truly Asia Malaysia 2020!

Tambang kelas ekonomi ke Pulau Pinang, Langkawi dan Johor Bahru masing-masing bermula dari RM89, Kuching dari RM129 dan Kota Kinabalu dari RM179 sahaja!

Tawaran diskaun ke destinasi Asia Tenggara pun tidak ketinggalan, Phuket dari RM219, Jakarta dari RM229 dan Bangkok dari RM259.

Johor Bahru - Sehala - Ekonomi - RM89
Langkawi
Sabah
Berlatarbelakang Gunung Kinabalu yang tersergam indah

Selain itu, korang boleh mengunjungi destinasi di India, China, Korea dan Australia, dengan kelas ekonomi dua hala ke Chennai dari RM899, Kochi dari RM699, Shanghai dari RM 1,199, manakala Seoul dari RM 1,399, Brisbane dari RM 1,599, London dari RM 2,899 dan Auckland dari RM 2,999.

Malaysia Airlines dalam kenyataan turut menawarkan tawaran nilai bundel hebat kepada pelanggan dengan diskaun 20 peratus. Menerusi belian bundle ini, penumpang layak mendapat tambahan 10kg bagasi dengan kerusi standard.

Untuk pakej premium, penumpang diberikan akses ke KLIA Golden Lounge selain tempat duduk dengan ruang kaki tambahan.

Malaysia Airlines bangga menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 dengan tawaran diskaun tambang yang menjadi pilihan pelancong dari seluruh dunia untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi percutian mereka bagi tahun 2020. Layari website Malaysia Airlines sekarang! 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!