Kadar Harga Terkini Pasport Malaysia Antarabangsa 2020 - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Tips Visit Malaysia 2020

Kadar Harga Terkini Pasport Malaysia Antarabangsa 2020

Share
  • Pemohonan Pasport untuk dua tahun telah dimansuhkan.
  • Tempoh sah laku Pasport adalah lima (5) tahun sahaja dari tarikh dikeluarkan.
  • Pasport Malaysia membolehkan warganegaranya melakukan perjalanan/pengembaraan ke 178 buah negara tanpa memerlukan visa.

Malaysia memegang status pasport paling berkuasa ke-13 di dunia menjadikan ia sebagai ‘Premier Muslim passport’ buat negara-negara Islam, menurut senarai baru oleh The Henley Passport Index.

United Arab Emirates menduduki tangga ke-18 manakala Brunei ke-23, merupakan satu-satunya negara Islam yang menduduki tempat paling tinggi dalam senarai itu.

Jabatan Imigresen Malaysia

Secara keseluruhan, negara Asia mengungguli carta terbaharu dikemas kini, menunjukkan perkembangan dan penerimaan dunia ke negara-negara Asia.

Serentak dengan itu semua permohonan pasport Malaysia antarabangsa untuk tempoh dua tahun dengan bayaran sebanyak RM100 telah dimansuhkan.

Dulu kita boleh pilih nak renew atau hidupkan pasport sama ada dua tahun atau lima tahun. Namun, sekarang ada satu sahaja pilihan iaitu selama lima tahun.

Bayaran bagi permohonan pasport antarabangsa Malaysia untuk warganegara berumur 13 tahun hingga 59 tahun untuk tempoh lima tahun telah diturunkan daripada RM300 kepada RM200.

Malaysia miliki pasport negara Islam paling berkuasa di dunia disebabkan status sebuah negara maju yang mempunyai hubungan dua hala yang kukuh antara badan-badan serantau dan antarabangsa.

Selain itu, kebanyakan pasport negara Islam menduduki tangga terbawah senarai antaranya Afghanistan pada kedudukan terakhir iaitu ke-107 dengan hanya mempunyai 26 destinasi visa percuma.

Negara-negara Islam lain yang menduduki tempat ke-100 atau lebih rendah adalah Sudan, Libya, Palestin, Yaman, Somalia, Pakistan, Syria dan Iraq. 

Malaysia Airlines
Jom Cuti-Cuti Malaysia

Berikut adalah senarai baru pasport antarabangsa Malaysia untuk tempoh lima tahun;

1) Pemohon biasa (13 tahun – 59 tahun) RM200
2) Warga emas (60 tahun ke atas) RM100
3) Kanak-kanak (bawah 12 tahun) RM100
4) Siswazah luar negara (bawah 21 tahun) RM100
5) Jemaah haji – RM100
6) Orang kelainan upaya (OKU) Percuma

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!