Kajian: Risiko Terdedah Kepada COVID-19 "Hampir Tidak Wujud" Dalam Kapal Terbang - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita

Kajian: Risiko Terdedah Kepada COVID-19 “Hampir Tidak Wujud” Dalam Kapal Terbang

Avatar
Share

Risiko untuk terdedah kepada virus COVID-19 di dalam kapal terbang adalah “hampir tidak wujud”, menurut satu kajian yang dijalankan baru-baru ini.

Kajian yang dijalankan oleh United Airlines bersama Jabatan Pertahanan AS mendapati bahawa apabila topeng dipakai, terdapat hanya 0.003% kemungkinan zarah dari seorang penumpang dapat menembusi ruang pernafasan penumpang yang duduk di sebelah mereka.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Mereka menjalankan 300 percubaan dalam masa 6 bulan menggunakan patung di atas kapal terbang United Airlines. Patung tersebut dilengkapi dengan generator aerosol untuk menyerupai perbuatan bernafas dan batuk.

Sebanyak 180 juta zarah dilepaskan dalam setiap ujian – selari dengan jumlah zarah yang dihasilkan daripada ribuan batuk. Mereka mengkaji cara zarah patung tersebut bergerak di dalam ruangan kabin dengan pemakain topeng dan tanpa topeng.

Pengkaji meletakkan sensor di kawasan tempat duduk, dapur, dan jambatan penghubung sebagai mewakili penumpang lain di pesawat.

[Gambar: United Airlines}

“99.99% partikel itu meninggalkan bahagian dalam pesawat dalam masa enam minit,” kata Ketua Pegawai Komunikasi United Airlines, Josh Earnest kepada ABC News.

Katanya, kajian ini membuktikan bahawa bahagian dalam pesawat adalah ruang awam tertutup yang paling selamat, disebabkan “konfigurasi unik di dalam pesawat yang merangkumi pengudaraan agresif, banyak aliran udara”.

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) minggu lalu menyiarkan satu penyelidikan baru yang mengatakan risiko untuk dijangkiti virus di dalam pesawat “berada dalam kategori yang sama seperti risiko disambar petir.”

Menurut penyelidikan itu, antara 1.2 bilion pelancong, IATA menemui hanya 44 kes COVID-19 yang berpotensi menular dalam penerbangan.

Sebilangan besar daripada 44 kes tersebut berlaku pada awal penularan wabak itu ketika pemakaian topeng masih tidak diwajibkan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!