Kampung Pulau Tengah Telah Dijadikan Sebagai Destinasi Eko-Pelancongan - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Berita

Kampung Pulau Tengah Telah Dijadikan Sebagai Destinasi Eko-Pelancongan

Share

Dahulu, Kampung Pulau Tengah di Kubang Kerian, Kelantan hanyalah sebuah perkampungan yang tiada keistimewaan dan biasa sahaja.

Namun kini, lokasi tersebut semakin mendapat perhatian pengunjung yang datang ke sana setelah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah menjadikan ia sebagai salah satu destinasi eko-pelancongan.

Empat program utama bersempena Hari Alam Sekitar Negara 2020 (HASN) pada 23 Oktober yang lalu, bertemakan ‘Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’ telah diketengahkan oleh KASA.

Menteri, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata program itu adalah Pelestarian Sungai melalui Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK), Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal Dan Elektronik ‘e-waste’, Kempen Hindari Plastik Sekali Guna dan Penghijauan Bumi dan Penanaman Pokok.

Program DSK sasarkan 10,000 km denai dibina menjelang 2030 di seluruh negara bagi memberi galakan kepada komuniti setempat dalam memastikan sungai di Malaysia terpelihara daripada pencemaran.

KASA melalui Jabatan Alam Sekitar mencadangkan inisiatif Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal Dan Elektronik, setiap hari Sabtu terakhir setiap bulan sebagai hari pengumpulan ‘e-waste’ di seluruh negara bermula Januari tahun hadapan.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=EP4Q5zpaaxo[/embedyt]

[Sumber: Bernama]

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!