Kanak-kanak 5 Tahun Lemas Dalam Kolam Resort di Sungai Petani - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Kanak-kanak 5 Tahun Lemas Dalam Kolam Resort di Sungai Petani

Share
  • Kanak-kanak ditemui terapung di dalam kolam dalam keadaan tidak sedarkan diri.
  • Mangsa berusia lima tahun dibawa oleh ibunya untuk menghadiri temuduga kerja di sebuah resort.
  • Pihak polis klasifikasi kes sebagai mati mengejut, sudden death report (SDR).

Malang tidak berbau. Datang untuk mencari rezeki namun ajal telah menjemput tanpa mengenal usia.

Luluh hati seorang ibu apabila anak berusia lima tahun yang dibawa untuk menemaninya interview kerja di sebuah resort lemas di kolam renang kawasan berkenaan.

Kejadian berlaku jam 2 petang di resort sekitar Pantai Merdeka, Sungai Petani. Mangsa ditinggalkan oleh ibunya bersama anak sulung berusia tujuh tahun sementara dia masuk untuk ditemuduga.

Gambar hiasan

Ibu mangsa mendakwa kedua-dua anaknya dibiarkan bermain berhampiran kawasan lokasi dia ditemu duga.

Tanpa disedari, ibu mangsa mendapati anaknya hilang dari tempat berkenaan dan cuba mencarinya. Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kolam renang.

Kakitangan resort sager menghubungi ambulans dan mangsa terus dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk menerima rawatan lanjut. Namun, doktor mengesahkan budak berusia lima tahun ini sudah meninggal dunia ketika berada di dalam kolam.

Siasatan pihak polis Daerah Kuala Muda mendapati jarak antara tempat temu duga dengan kolam mandi adalah kira-kira 30 meter. Kawasan resort itu juga tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

Awasi anak kecil anda semasa diluar atau melancong

Kes-kes lemas melibatkan budak yang menjadi ketakutan penulis. Sekarang tengah rancak percutian makan angin bersama keluarga. Jadi, tarikan kolam renang, swimming pool, sungai dan air terjun pasti menjadi sasaran keseronokkan.

Tolong pantau dan awasi pergerakan anak kecil anda semasa bercuti atau bersiar-siar di luar. Kita mampu mengekalkan keseronokkan melancong daripada mengundang tragedi. Sekadar peringatan bersama.

Sumber: Astro Awani/Foto Hiasan

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!