Kapal Persiaran Terbesar Dunia Milik Royal Carribean Akan Berlayar Mac 2022, Tempahan Sudah Dibuka

Type to search

Backpackerz Insider

Kapal Persiaran Terbesar Dunia Milik Royal Carribean Akan Berlayar Mac 2022, Tempahan Sudah Dibuka

Share
Kapal Persiaran

Kapal Persiaran baru milik Royal Carribean, Wonder Of The Seas bakal menjadi kapal persiaran paling besar di dunia apabila ia memulakan perjalanannya tahun hadapan.

Royal Caribbean selasa lalu sudah mula membuka tempahan untuk pelayaran awal Wonder of the Seas, kapal kelima dalam Kelas Oasisnya, yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh peminat kapal persiaran.

Dengan panjang 362 meter dan lebar 64 meter serta berat 236,857 tan, Wonder of the Seas mempunyai ukuran 4% lebih besar daripada kapal persiaran palin besar ketika ini, Symphony of the Seas yang juga milik Royal Caribbean.

Ia boleh membawa 6,988 penumpang dan 2,200 krew, satu rekod baru untuk kapal penumpang.

Pelayaran pertama Wonder of the Seas akan bermula di Shanghai menuju ke Jepun, menjadikan ia salah satu kapal persiaran terbesar di dunia pertama yang melakukan debut di Asia.

“China terus menjadi salah satu bahagian terpenting di dunia untuk Royal Caribbean,” kata CEO syarikat itu, Michael Bayley dalam satu kenyataan.

Dari Mac hingga November, Wonder of the Seas akan berlayar antara Shanghai dan beberapa pelabuhan di Jepun, termasuk Tokyo dan Gunung Fuji. Kapal kemudiannya akan menuju ke Hong Kong untuk musim sejuk, melakukan perjalanan dari sana ke destinasi seperti Chan May di Vietnam dan Busan dan Jeju di Korea Selatan.

Jadual perjalanan kapal adalah antara empat hingga sembilan malam dan boleh ditempah secara dalam talian bermula dari US$644.

Sedang dalam pembinaan di Saint Nazaire, Perancis, kapal tersebut mempunyai 18 dek dan 2,867 kabin.

Ia juga bakal mempunya barisan restoran berkualiti tinggi dan kemudahan membeli-belah antara yang yang terbaik dalam industri.

Selain itu, terdapat zip line setinggi 10 tingkat dan gelongsor yang terbesar dalam kategorinya.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!