Kapal Terbang Laut Bakal Jadi Tarikan Baru Produk Pelancongan Melaka Tahun 2021 - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita

Kapal Terbang Laut Bakal Jadi Tarikan Baru Produk Pelancongan Melaka Tahun 2021

Avatar
Share
Kapal Terbang Laut

Melaka bakal memperkenalkan kapal terbang laut sebagai satu produk pelancongan bagi menarik pelancong datang ke negeri bersejarah itu bermula tahun hadapan.

Kapal terbang laut dengan nilai pelaburan kira-kira RM500 juta bakal menjadi ikon terbaharu sektor pelancongan di Melaka, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka Datuk Muhammad Jailani Khamis. 

Beliau berkata kapal terbang laut yang berupaya berlepas dan mendarat di air itu merupakan produk keluaran sebuah syarikat di Pulau Pinang dan dijangka akan berpangkalan di Aerodrome Sungai Rambai, Jasin dekat sini.

“Perbincangan lanjut bersama syarikat dan pelabur berhubung perkara ini akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tourism Melaka Futsal Challenge 2020 di Kompleks Sukan Batu Berendam di sini, hari ini.

Menurutnya, banyak lagi produk pelancongan baharu akan diperkenalkan pada 2021 dalam usaha kerajaan negeri menarik kedatangan pelancong domestik dan luar negara sekali gus meningkatkan kadar hari penginapan mereka di Melaka. 

Sementara itu, beliau berkata kedatangan pelancong ke Melaka dilihat semakin meningkat ekoran peningkatan kemasukan jumlah kenderaan dalam tempoh dua minggu, sejak minggu lepas.

Muhammad Jailani berkata pihaknya turut mendapat maklumat daripada pemain industri khususnya sektor perhotelan tentang bilangan tempahan bilik yang semakin meningkat, selain terdapat hotel yang mendapat tempahan bilik penuh sehingga awal tahun depan.

“Saya juga difahamkan, Zoo Melaka menerima kunjungan tidak kurang 5,000 pengunjung yang ingin melihat produk baharunya iaitu Taman Tema Dinosaur Encounter yang baru dibuka, dua hari lepas dan penjualan tiket direkodkan mencecah RM800,000, pada bulan ini sahaja.

“Pengunjung yang menaiki Melaka River Cruise juga menunjukkan peningkatan dan untuk semalam sahaja, kira-kira 3,500 orang direkodkan,” tambahnya.

Tourism Melaka Futsal Challenge berlangsung selama dua hari bermula semalam melibatkan penyertaan sebanyak 256 pasukan dengan lebih 2,500 pemain dari dalam dan luar Melaka.

[Sumber: Bernama]
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!