Kebenaran Melancong Ke Luar Negara Pada Tahun 2023 );

Type to search

Backpackerz Berita Isu

Jangkaan Kebenaran Melancong Ke Luar Negara Pada Tahun 2023

Ain Huda
Share

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan vaksin COVID-19 masih dalam kajian. Keberkesanan vaksin yang digunakan oleh pesakit di United Kingdom (UK) masih belum didaftar dengan badan kesihatan antarabangsa kerana digunakan dalam keadaan darurat.

Menurut beliau, di Malaysia mempunyai akta dan vaksin yang perlu diuji kesan sampingan selain mendaftar di Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Buat masa sekarang, orang ramai tidak disarankan melancong ke luar negara dan memilih ke destinasi dalam negara dalam waktu yang singkat.

Selain membantu ekonomi industri pelancongan dalam negara, aktiviti ini juga mengelakkan wabak tersebar secara aktif.

Pakar pelancongan Atmosphere Research Group (ARG), mengatakan industri pelancongan akan pulih sedikit demi sedikit dalam jangka masa dua tahun selepas pandemik ini berlaku.

Namun masih bergantung kepada kawalan penularan wabak pada hujung tahun 2020 hingga awal 2021 dalam masa enam ke sembilan bulan pertama.

Jika wabak ini mampu dikawal dengan baik atau vaksin berjaya dihasilkan dan boleh digunakan di mana-mana, orang ramai sudah boleh melancong ke luar negara.

Selain daripada urusan perniagaan, perjalanan peribadi dan percutian boleh bergerak bebas.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!