Kekal Zon Hijau, Tak Perlu Risau Bercuti Ke Langkawi - Ini 3 Lokasi Menarik - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Kekal Zon Hijau, Tak Perlu Risau Bercuti Ke Langkawi – Ini 3 Lokasi Menarik

Avatar
Share
AirAsia
  • Kira-kira 82 ribu orang mengunjungi Langkawi pada Jun lalu.
  • Aktiviti pelancongan di Langkawi berjalan seperti biasa & berada dalam zon hijau.
  • Trend percutian ke Langkawi meningkat sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran telah diumumkan di beberapa lokasi dengan kes penularan tempatan yang tinggi.

Antara kawasan yang dilaksanakan adalah di 28 mukim daerah Kota Setar, Kedah dan Penjara Tawau, Sabah sejak 11 September lalu.

Ketika ini, ramai yang khuatir dan tertanya-tanya adakah seluruh Kedah berada dalam zon merah?

Kedah
Langkawi

Jawapannya tidak. Langkawi kekal sebagai zon hijau Covid-19. Pelancong tidak perlu risau untuk ke pulau peranginan yang menjadi tumpuan pasca PKP.

Menurut Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), pelaksanaan PKPD Pentadbiran di 28 mukim di Kota Setar, Kedah tiada kaitan dengan Langkawi.

Namun, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi tetap diamalkan dan pengunjung wajib mematuhinya setelah tiba di Langkawi.

Langkawi
Kebenaran rentas negeri bantu pulihkan pelancongan Langkawi

“Aktiviti pelancongan di Langkawi tetap berjalan seperti biasa, kita berada dalam zon hijau dan pengunjung tidak harus ada kegusaran atau risau untuk bercuti ke Langkawi” – Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Dr Hezri Adnan.


Usaha LADA dan penggiat industri untuk menarik pelancong domestik ke Langkawi telah membuahkan hasil.

Sebanyak 82 ribu pelawat mengunjungi Langkawi pada Jun, jumlah meningkat kepada 189 ribu pada Julai dan trend yang sama pada Ogos. Tahniah LADA! 

Tidak dapat tidak, pelaksanaan PKPD di Kedah sedikit sebanyak mendatangkan kegusaran dalam kalangan pelancong sehingga ada yang membatalkan tempahan.

Langkawi
Pantai Cenang

Paling penting, anda perlu semak sesuatu berita secara menyeluruh sebelum jump in conclusion, bak kata pepatah orang putih. Kadang-kala, sensasi sesebuah laporan itu menyebabkan kita mudah percaya.

LADA mengajak pengunjung yang bercadang melancong ke Langkawi agar meneruskan rancangan datang bercuti ke sini, masih selamat, zon hijau and its fun to be here. (sumber)

Selain lokasi sedia ada yang menjadi tumpuan pengunjung, penulis senaraikan tiga tempat tidak kurang menariknya untuk anda lawati jika berkesempatan bercuti di Langkawi.

Langkawi
Pulau Payar Marine Park - eco adventure & island attractions
Langkawi
Hutan Lipur Air Terjun Temurun, Langkawi
Langkawi
Naam Paradise 101, Telaga Harbour Park - water sports & island attractions

Pernah dengar atau tahu mengenai pasar terapung di Malaysia? 5 tarikan menarik & unik di Floating Market Pulau Suri – baca di sini

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!