Kelantan Sedia Terima Pelancong Domestik Dengan Tawaran Pakej Menarik - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Kelantan Sedia Terima Pelancong Domestik Dengan Tawaran Pakej Menarik

Share
  • Kelantan akan terus bekerjasama dengan pengusaha hotel untuk menjalankan proses mensanitasikan semua hotel di negeri ini.
  • Pakej “Jom Cuti Bersama Firefly” sedang giat mempromosikan kempen Cuti-Cuti Malaysia dengan tawaran menarik serta mampu milik.
  • Bagi aktiviti seni & warisan di Gelanggang Seni akan dijalankan seperti biasa dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Langit tidak selalu cerah, hujan pula mengundang rahmat tanpa diduga. Siapa sangka, pandemik COVID-19 telah menyebabkan Tahun Melawat Malaysia 2020 dibatalkan serta merta.

Tidak terkecuali Tourism Kelantan turut terkena tempias. Negeri terkenal dengan jolokan Serambi Mekah ini menyasarkan sebanyak 5.5 juta pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2020.

Jelawang Pipe Resort & Extreme Park
Aktiviti zipline di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park

Penulis berpeluang bertanya mengenai hala tuju TMK kepada Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri, Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman.

Menurut beliau, Kelantan sebuah negeri yang kaya dengan tarikan budaya, khazanah alam semulajadi serta gastronomi yang menepati citarasa semua peringkat umur.

Meskipun COVID-19 belum berakhir, tapi industri pelancongan perlu diteruskan terutama peringkat domestik.

Jadi, 85 peratus pengunjung ke Kelantan adalah pelancong domestik sahaja. Tahun Melawat Kelantan 2020 akan tetap diteruskan demi menjana semula pendapatan rakyat yang terlibat secara langsung dalam sektor pelancongan,” jelasnya kepada media pada majlis makan malam Program Ekspresi Media Kelantan 2020 serta pelancaran pakej “Jom Cuti Bersama Firefly” di Hotel Perdana, Kota Bharu.

Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman
Ekspresi Media Kelantan 2020 & Pelancaran Pakej Jom Cuti Firefly

FREE STAY – PAKEJ FIREFLY

Turut hadir, Pengarah Kanan Bahagian Komunikasi Tourism Malaysia, Iskandar Mirza dan Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Philip See.

Firefly memiliki rangkaian yang meluas bagi perjalanan antara Kota Bharu dengan Subang. Penerbangan tambahan turut disediakan bagi memenuhi permintaan menjelang Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba.

Firefly menawarkan penginapan satu malam percuma, diskaun harga tiket penerbangan 30 peratus bagi setiap pembelian dua tiket ke atas.

Tawaran sah mulai 20 hingga 26 Julai di Firefly (klik di sini) untuk tempoh perjalanan dari 27 Julai sehingga 31 Disember ini.

Jom Cuti bersama Firefly
Jom Cuti bersama Firefly

Tambah Md Anizam, industri pelancongan dibawah perkhidmatan (service) di Kelantan antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negeri selepas sektor pertanian.

Penulis percaya, dengan wujudnya inisiatif serta sokongan pelbagai pihak mampu memacu kembali industri pelancongan domestik yang terjejas teruk akibat wabak COVID-19.

Sudah tentu kunjungan penulis ke Kelantan selama 5 hari 4 malam khususnya di beberapa destinasi berbeza berjaya mengubah persepsi negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Terlalu banyak tarikan yang mempunyai daya kekuatan serta keunikan tersendiri selain Kelantan hanya dikenali sebagai syurga makanan semata-mata.

Jelawang Pipe Resort & Extreme Park
Peserta Ekspresi Media Kelantan 2020; BackPackerz, Harian Metro, Bernama TV, Gaya Travel, Santai Travel, The Star & Blogger
Jelawang Pipe Resort & Extreme Park
Penginapan di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park

Ekspresi Media Kelantan 2020 dibawakan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Tourism Malaysia dengan kerjasama Tourism Kelantan serta operator pelancongan tempatan yang terlibat sepanjang 5 hari 4 malam menjayakannya.

Foto/Muizzuddin Maksah

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!