Kenali Hutan Tropika Taman Negara Gunung Ledang, Johor – Aktiviti Beriadah Sesuai Untuk Keluarga - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Feast

Kenali Hutan Tropika Taman Negara Gunung Ledang, Johor – Aktiviti Beriadah Sesuai Untuk Keluarga

Ain Huda
Share

Cerita lagenda yang popular sering didengar hingga sekarang, Puteri Gunung Ledang yang minta jambatan emas, jambatan perak, hati nyamuk, hati kuman, darah Raja Muda Melaka dari Sultan Mahmud Shah jika mahu mengahwinannya. Di sini ada fakta menarik mengenai Gunung Ledang.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };
  • Ketinggian Gunung Ledang adalah ke-123 tertinggi di Malaysia.
  • Gunung ke-6 yang sukar didaki, mengambil masa 10 hingga 11 jam mendaki dan turun dari gunung.
  • Lebih 16 batang sungai di kawasan Taman Negara Gunung Ledang.

Taman Negara Gunung Ledang adalah salah satu Tapak Warisan Kebangsaan yang diwartakan Taman Negara Johor. Usia Taman Negara Gunung Ledang dianggarkan lebih 150 juta tahun.

Lokasi Taman Negara Gunung Ledang terletak di daerah Tangkak, Johor dengan keluasan sembilan hektar.

Hutan hujan tropika yang masih dijaga rapi berfungsi sebagai kawasan tadahan air dan merupakan habitat kepada flora dan fauna.

Terdapat lima laluan untuk ke puncak Gunung Ledang. Laluan mudah melalui Sagil manakala yang sukakan cabaran boleh melalui jalan Jementah mengambil masa dua hari untuk sampai ke puncak.

Hiking

Kesukaran dan halangan dalam perjalanan ke puncak gunung adalah pengalaman manis buat para hikers. Tapi kepada yang baru ingin mencuba dinasihatkan bina stamina dan pastikan kesihatan stabil sebelum mendaki. Sampai di puncak, anda dapat melihat 360 darjah keindahan pemandangan yang hijau. 

Air Terjun

Aktiviti riadah bersama keluarga, anda boleh singgah di Sungai Ayer Puteh yang hanya mengambil masa 10 minit dari tempat penginapan. Air sungai yang jernih, bersih dan sejuk sesuai juga untuk kanak-kanak. Laluan untuk ke sungai juga mudah, dekat dan paling penting tiada pacat!

Spa Kaki

Bukan sahaja boleh bermandi-manda malah anda berpeluang untuk menikmati terapi kaki di Sungai Ayer Puteh. Air jernih menampakkan ikan Tengas menggigit kaki. Semakin banyak ikan gigit, bermakna kaki anda banyak toksik.

Taman Herba

Di kawasan Taman Negara Gunung Ledang menyediakan taman herba. Anda boleh ketahui pelbagai jenis herba dan nama saintifik.

Si Bujang

Jika anda tidak pernah melihat landak secara ‘live‘. Anda berkesempatan untuk membelai Si Bujang. Landak jantan yang manja dan mudah mesra dengan pengunjung. Anda berpengalaman memberi makanan kepada Bujang. Tips untuk mendekati Bujang, jangan takut-takutkan Bujang dan jangan duduk di belakangnya. Yang penting Bujang suka bergambar.

Aktiviti Menarik

  • Hiking ke puncak Gunung Ledang
  • Menikmati air segar di Sungai Ayer Puteh
  • Spa kaki
  • Mengenali herba dengan lebih dekat
  • Berkenalan dengan Si Bujang

Layari Facebook Page Taman Negara Gunung Ledang untuk maklumat lanjut.

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!