Kes Baharu Meningkat, Disneyland Hong Kong Kembali Ditutup - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz

Kes Baharu Meningkat, Disneyland Hong Kong Kembali Ditutup

Share
  • Disneyland Hong Kong dibuka semula pada 18 Jun lalu.
  • Taman teman dan resort adalah penyumbang keuntungan utama bagi Disney.
  • Hong Kong mengeluarkan arahan pencegahan COVID-19 susulan peningkatan kes baharu.

Belum pun sempat mengaut keuntungan sejak dibenarkan operasi hanya kira-kira sebulan.

Disneyland Hong Kong diarahkan tutup sementara sebagai mematuhi arahan kerajaan bagi pencegahan COVID-19.

Foto - TripSavvy/Scott Crewsswel

Penutupan ini berikutan peningkatan kes baharu COVID-19 dan langkah memperketatkan penjarakan sosial.

“Sebagai mematuhi arahan kerajaan bagi pencegahan COVID-19, taman tema Disneyland Hong Kong akan ditutup sementara bermula 15 Julai,” jelas seorang jurucakap Disney.

Walaubagaimanapun, hotel-hotel di resort Disneyland Hong Kong akan tetap dibuka dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Sumber keuntungan utama Disney adalah taman tema dan resort. Ia menghasilkan lebih dari AS$ 26 bilion pada tahun fiskal 2019, tetapi mengalami kerugian pada suku pertama tahun ini akibat pandemik.

Foto - The New York Times

Disney World memulakan pembukaan secara berperingkat bagi taman Magic Kingdom dan Animal Kingdom pada hujung minggu lalu.

Sedang kita meraikan kemenangan yang masih samar, usahlah kita leka dan mengambil sikap sambil lewa terhadap kelonggaran yang diberikan.

Sumber: Astro Awani


Teringin melancong di pulau dengan bajet mampu milik? Klik dan baca itinerari ke Pulau Redang termasuk penginapan, aktiviti serta makan.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!