Kesan Covid-19 Kepada Pelancongan, Bali Hanya Merekodkan 22 Pelawat Sejak Ogos - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Isu

Kesan Covid-19 Kepada Pelancongan, Bali Hanya Merekodkan 22 Pelawat Sejak Ogos

Avatar
Share

Wabak Covid-19 menjejaskan ekonomi di seluruh dunia terutama dalam sektor pelancongan.

Pulau popular di Indonesia, Bali menerima impak yang besar setelah 90% ekonomi pelancongan merosot sejak serangan pandemik pada Mac lalu.

Meskipun Bali kini hanya membenarkan kunjungan oleh pelancong domestik, namun impak itu tidak mampu merancakkan ekonomi seperti sebelum ini. 

Pulau peranginan terkenal di Indonesia, Bali yang selama ini sangat bergantung pada industri pelancongan sudah memasuki fasa kegawatan ekonomi.

Pada suku pertama tahun ini, ekonomi Bali menguncup pada 1.14 peratus sebelum menjunam kepada 10.98 peratus pada suku tahun kedua.

Penduduk tetap di kawasan Bali mengatakan pulau berkenaan kini suram sepi seolah ghost town.

“Kebiasaannya lapangan terbang sesak dengan pelancong tidak kira dari dalam negara mahu pun luar negara. Pantai juga tiada pelancong yang datang”, kata salah seorang penduduk di sini.

Lebih menyedihkan apabila pada Ogos lalu hanya mencatatatkan 22 pelancong yang bercuti di Bali berbanding Ogos tahun lalu yang memperoleh lebih 600,000 pelawat. 

Sektor ekonomi di Bali bergantung sepenuhnya kepada industri pelancongan dan kepulauan ini sudah menanggung kerugian RM25 berikutan sekatan perjalanan.

Menurut Gabenor Bali, Wayan Koster, ekoran krisis ekonomi itu juga menyebabkan seramai 2,667 pekerja dalam sektor pelancongan Bali diberhentikan.

Sebanyak 73,631 pula diberhentikan buat sementara, lapor Nikkei Asian Review.

Dalam masa sama, pihak terlibat terus mengoptimumkan usaha mengalakkan kemasukan pelancong tempatan ke Bali iaitu tindakan yang seiring dengan aspirasi kerajaan Pusat.

Sebelum ini, Gabenor Bali membuat keputusan untuk menangguhkan rancangan membuka semula pintu masuknya kepada pelancong asing pada tahun ini.

Keputusan drastik itu dilakukan kerana kerajaan Indonesia masih dalam proses untuk mencegah penularan COVID-19 yang semakin ‘menggila’.


Sekiranya anda terlepas, rancangan membenarkan pelancong asing ke Bali terpaksa ditangguhkan – baca di sini

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!