Keseronokan 'Dimakan' Godzilla Hanya Di Jepun - Verst );

Type to search

Asia Backpackerz Insider

Keseronokan ‘Dimakan’ Godzilla Hanya Di Jepun

Avatar
Share

Jepun merupakan sebuah negara yang kreatif secara konsisten serta mempunyai banyak tarikan pelik dan menarik yang pasti menggembirakan pengunjung dari mana-mana negara. Kini terdapat sebuah taman tema di Pulau Awaji di Hyogo yang mana telah melancarkan sebuah keistimewaan kepada tarikan Zip Line yang menyebabkan pengunjung dimakan Godzilla setinggi 20 meter.

Baru dibuka pada september lalu, Godzilla Interception Operation Awaji – National Awaji-Island Institute of Godzilla Disaster ditubuhkan di taman tema Nijigen no Mori. Menurut taman, ini menjadikan mereka lokasi pertama di dunia yang memiliki lokasi rekreasi dengan ukuran penuh Raja Raksasa terkenal ini melalui projek yang dirancang dengan teliti selama lebih dari dua tahun.

Sumber : Mainichi

Pengalaman yang bakal dilalui merangkumi sejumlah “misi” yang dapat diikuti oleh para pengunjung di laman web mereka, termasuk dua Zip Line dan permainan menembak. Pulau ini juga menjual hadiah dan cenderamata bertema, dengan daya tarikan bertujuan untuk menambah revitalisasi Pulau Awaji.

Terdapat juga muzium Godzilla pertama di dunia disini yang merangkumi diorama, paparan, model dan maklumat. Selain itu, pengunjung boleh menjamu selera di restoran dan mencuba kari Godzilla dan burger Godzilla.

Sumber : Toho Ltd

Nijigen no Mori ketika ini menempatkan sejumlah pengalaman interaktif anime dan manga, dengan tarikan yang beroperasi pada waktu siang dan malam. Salah satu perkara baru yang paling popular di taman ini adalah tarikan anime Naruto dan Boruto Shinobi-Zato selain menampilkan pameran yang didedikasikan untuk Shin Chan, dan kawasan glamping di mana para tetamu dapat bermalam.

Sumber : Toho LTD
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!