Keunikan Pasar Terapung & Aktiviti River Cruise, Tarikan Pelancongan di Cerana Villa Resort, Kota Bharu - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Itinerari Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Visit Malaysia 2020

Keunikan Pasar Terapung & Aktiviti River Cruise, Tarikan Pelancongan di Cerana Villa Resort, Kota Bharu

Share
  • Cerana Village Resort terletak di Kota Pengkalan Datu, tidak jauh dari bandar Kota Bharu.
  • River Cruise & pasar terapung antara tarikan utama pelancong di sini. 
  • Resort ini menawarkan pengalaman percutian & penginapan unik di tepi lembangan Sungai Pengkalan Datu.

Bila sebut Kelantan, ramai pelancong tempatan terbayang destinasi mainstream yang sudah menjadi tumpuan pengunjung.

Penulis boleh senaraikan beberapa lokasi popular antaranya Pantai Cahaya Bulan, Pantai Irama, Pantai Tok Bali, Pasar Siti Khadijah dan Pasar Wakaf Che Yeh.

Dah penat berjalan, perut pun lapar. Kelantan juga dikategorikan ‘syurga makanan’ bagi pemburu makanan tempatan atau sisi jalan.

Restoran Nasi Ulam Cikgu dan Kopitiam Kita merupakan dua kedai pilihan penulis jika bersiar-siar di Kota Bharu.

Sekilas pandang, destinasi tumpuan sudah mempunyai pengikutnya tersendiri.

Tambah pula selepas pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lokasi konsep percutian keluarga atau short getaway menjadi pilihan. 

Kota Bharu
Kota Bharu

Jadi, rebut peluang untuk melancong dalam Malaysia sepanjang tahun 2020 ini biarpun usianya sudah memasuki pertengahan tahun. 

Penulis nak kongsi satu lokasi ‘One Stop Tourism Center’ yang wujud di Kelantan. Mungkin namanya tidak segah mana, namun tarikan percutian yang ditawarkan cukup memuaskan hati.

Lokasi resort ini terletak bersebelahan sebatang sungai yang cantik dalam kawasan Kota Bharu. Sebuah penginapan yang mampu menyemarakkan rasa cinta terhadap suasana alam semulajadi kerana ciptaan-NYA cukup sempurna untuk dihayati,

Cerana Villa Resort, penginapan di tepi Sungai Pengkalan Datu membawa anda jauh dari hiruk pikuk bandar buat seketika.

Cerana Villa Resort di tepian Sungai Pengkalan Datu
Cerana Villa Resort, Kota Bharu
Cerana Villa Resort
Pemandangan dari Cerana Villa Resort

Resort yang tenang lagi mendamaikan ini sudah wujud sejak tahun 2001; menawarkan penginapan chalet (kabin), chalet (batu), villa, dewan terbuka, dewan berhawa dingin, pelantar memancing, tapak perkhemahan, kemudahan surau serta pentas budaya. 

Lokasi resort ini cantik susunannya ibarat burung jelatik burung jeladan, burung tekukur terbang tinggi; sama cantik sama sepadan. 

Ketenangan aliran sungai yang penuh bersejarah, dengan pemandangan lembangan sungai yang mempesonakan, Cerana Villa Resort perlu dicatat sebagai destinasi agro dan eko.

Bilik jenis kabin
Riverside Villa
Dewan tertutup di Cerana Villa Resort

Malaysia kaya dengan destinasi eko-pelancongan dan percutian agro. Keunikkan Cerana Villa Resort adalah satu lokasi pelancongan yang menawarkan elemen kebudayaan, ecotourism, istirehat, seni, alam semulajadi dan agro. 

Resort ini merupakan hab pelancongan yang melibatkan usahasama komuniti setempat serta penggiat industri pelancongan setempat.

Konsep dan pakej percutian di Cerana Villa Resort sedikit berbeza daripada kebiasaan.

Setelah menginap di Cerana Villa Resort, pelancong berpeluang mengenali serta mendekati kebudayaan yang wujud di Kelantan; keindahan alam sekitar yang masih dipelihara, keramahan penduduk tempatan, menikmati sajian kampung dan banyak lagi.

Tidak hanya penginapan di tepi sungai, Cerana Villa menyediakan restoran terapung dengan citarasa gabungan Kelantan dan Thailand.

Bayangkan lokam bakar, kerabu nipah, tomyam dalam kelapa, colek leghak, air kelapa segar dan air nira nipah. Sampai telan air liur dibuatnya. Cukup lazat, menyelerakan dengan harga berpatutan.

Cerana Villa Resort, Destinasi Ekopelancongan & Agro di Kota Bharu

Kebiasaanya jika kita menginap di homestay, baru ada konsep keluarga angkat, belajar rutin setempat dan lakukan aktiviti kampung. 

Cerana Villa Resort menawarkan program istimewa bersama komuniti setempat. Anda berpeluang mengikuti aktiviti pasar terapung, pasar tani agro pelancongan di tepi sungai dan menaiki bot perahu kolek. 

Makan malam di Restoran Terapung Cerana Villa Resort
Lokam bakar
Sotong goreng tepung
Tomyam dalam kelapa

Siapa oghe Kota Bharu mesti tahu mano lokasi pasar terapung popular ini. Jualan barangan dijual dari bot peniaga yang datang dari sekitar tempat peranginan itu menggunakan laluan Sungai Pengkalan Datu.

Anda yang menginap di Cerana Villa Resort tidak perlu bersusah payah kerana pasar terapung terletak di kawasan resort ini. 

Anda hanya perlu menunggu di atas pelantar terapung yang menempatkan Restoran Terapung Cerana Villa dan berbelanja sakan.

Pengunjung boleh membeli pelbagai makanan asli negeri Kelantan. 

Pasar Terapung Pengkalan Datu
Lokam di Pasar Terapung Pengkalan Datu
Pasar Terapung Pengkalan Datu
Nasi kerabu, nasi lemak, nasi berlauk, pulut ikan & macam macam lagi

Selain itu, anda boleh mengambil pakej river cruise dengan Cerana Villa Resort untuk lebih keseronokan. 

Pelancong akan dibawa menyusuri sungai, meninjau panorama sekitar Sungai Pengkalan Datu dan singgah di beberapa lokasi menarik.

Anda berpeluang melihat pemprosesan nipah, mencari lokam bersama nelayan tempatan dan mengunjungi Pasar Nelayan Pulau Gajah yang menjual ikan-ikan segar.

Siapa penggemar fotografi jalanan atau jurnal, pastikan kamera anda sentiasa bersedia. Cerana Villa Resort menawarkan pengalaman percutian yang mengujakan di Kota Bharu.

Suasana pagi di pasar terapung Sungai Pengkalan Datu
Cerana River Cruise
Cerana River Cruise
Cerana River Cruise

Sekiranya sesiapa berminat untuk merasai pengalaman percutian yang baru dan unik, boleh Whatsapp CERANA VILLA RESORT & MEDAN IKAN BAKAR di bawah :

Tempahan : 0124216055

@

Tempahan : 0192695744


Menyusuri sungai menaiki perahu kolek
Restoran Terapung Cerana Villa
Minum petang sambil menikmati pemandangan tepian sungai

Trivia Menarik

  • Cerana Villa Resort hanya 7 KM dari Lapangan Terbang Pengkalan Chepa dan jarak 2 KM dari/ke Pantai Senok (Pulau Nami).
  • Cerana mengikut istilah Kelantan merangkumi elemen yang diisi dalam tepak sirih seperti sirih, gambir, kapur, cekati dan gobek.
  • Perkataan Cerana melambangkan kesepaduan dan semangat kebersamaan antara satu sama lain.

Antara Fasiliti & Aktiviti Menarik di Cerana Villa Resort

  • Disediakan pelantar memancing sungai
  • Kawasan tapak perkhemahan & rekreasi keluarga (team building)
  • Kemudahan surau & pentas budaya
  • Dewan terbuka & berhawa dingin
  • Aktiviti river cruise
  • Melihat proses nipah
  • Mencari lokam
  • Melawat Pasar Nelayan Pulau Gajah
  • Mengunjungi Masjid Ar-Rahman (gabungan seni bina dari Indonesia, Maghribi, Yaman & Turki)
  • Makan di atas Restoran Terapung
  • Aktiviti pasar terapung / pasar tani agro
  • Mempelajari proses membuat wau & gasing

Facebook: Cerana Villa Resort & Medan Ikan Bakar
Lokasi: Lot 261, Jalan Raja Sakti, Kampung Kota Pengkalan Datu, Sering 16150, Kota Bharu, Kelantan
Email: [email protected]
Tel : 09-7646677 

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!