Khazanah: Firefly Mungkin Jadi Syarikat Penerbangan Nasional Jika Malaysia Airlines 'Bungkus' - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Berita

Khazanah: Firefly Mungkin Jadi Syarikat Penerbangan Nasional Jika Malaysia Airlines ‘Bungkus’

Share
Malaysia Airlines

Pengendali syarikat penerbangan tambang murah, Firefly mungkin akan menggantikan Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan nasional sekiranya Malaysia Airlines terpaksa ditutup.

Khazanah Nasional Bhd, yang memiliki Malaysia Airlines, mempunyai pilihan untuk menjadikan Firefly sebagai syarikat penerbangan nasional sekiranya rundingan dengan pemiutang dan pemajak pesawat tidak tercapai dengan baik bagi memulihkan Malaysia Airlines.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata kepada Berita Harian (BH), buat masa ini rundingan dengan pemiutang dan pemajak pesawat masih lagi berjalan.

“Antara pilihan alternatif yang boleh dipertimbangkan ialah, yang mana Khazanah bersedia untuk menamatkan pembiayaan untuk Malaysia Airlines dan sebaliknya, akan membiayai Firefly untuk mengembangkan operasinya bagi tujuan memenuhi ketersambungan atau “connectivity” yang diperlukan negara.

“Sekiranya dilaksanakan dengan jaya, Firefly berpotensi untuk menjadi syarikat penerbangan kebangsaan,” katanya kepada BH.

Menurutnya lagi, Khazanah akan terpaksa melupuskan pegangannya dalam aset strategik lain atau menambah hutang sekiranya syarikat itu terus membiayai Malaysia Airlines yang tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail, berkata pihaknya akur jika Khazanah tekad mahu menjadikan Firefly sebagai syarikat penerbangan nasional.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Abdul Aziz minggu lalu berkata kerajaan tidak akan menyuntik dana ke dalam Malaysia Airlines dan sebarang keputusan akan dibuat oleh Khazanah.

[Sumber: Berita Harian]
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!