Kimpton Maa-Lai dibuka di Bangkok Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Asia

Kimpton Maa-Lai dibuka di Bangkok

Share

IHG® Hotels & Resorts (IHG), salah sebuah syarikat hotel terkemuka dunia, membawakan perkhidmatan yang terbaik dan rekaan tersendiri yang merupakan identiti Kimpton Hotels & Restaurants ke Thailand dengan pembukaan Kimpton Maa-Lai Bangkok.

Kimpton Maa-Lai Bangkok yang terletak di Langsuan, di tengah kota Bangkok menawarkan akses mudah ke daerah-daerah utama seperti Sukhumvit, Silom, Siam dan Chidlom, dan pemandangan indah Lumpini Park – salah satu taman hijau yang terbesar di kota tersebut.

Gubahan Bunga Tradisional

Nama hotel tersebut berasal daripada Maa-lai, sejenis gubahan bunga tradisional Thai yang melambangkan penerimaan, kesihatan yang baik dan hormat kepada tetamu, keluarga dan orang yang tersayang.

Unsur seni ini telah memberi ilham kepada pelbagai interpretasi moden dan bertepatan dengan kehadiran Kimpton di Bangkok, di mana tradisi lama diberi sentuhan moden. 

Ruang dan pengalaman Kimpton ditumpukan kepada para tamunya, menawarkan rekaan penuh inspirasi yang membangkitkan rasa ingin tahu dan pelbagai perisa canggih yang amat menyenangkan.

Naratif rekaan hotel ini dihidupkan oleh P49Deesign dan mengadun sejarah Thai dengan intensiti urban di bandar dengan mencerminkan tempo kehidupan yang sentiasa rancak di kota lama tersebut melalui tekstil tenunan tangan Thai serta unsur eklektik kemodenan Bangkok.

Ini dapat dilihat melalui penggunaan konkrit kasar, perabot bersaiz besar dan sentuhan metalik, yang menghasilkan rekaan mengagumkan dari ruang umum di hotel tersebut hinggalah restoran dan bar, serta bilik tetamu dan kediaman persendirian yang direka dengan penuh kesenian.

Kesemua 362 buah bilik dan suite di hotel tersebut – termasuk 131 kediaman berservis – adalah epitome kemewahan yang diterajui rekaan, setiap satunya dibina dengan teliti lengkap dengan kemudahan tersendiri dan dekorasi mengagumkan, menjanjikan pengalaman yang imersif untuk semua.

bangkok
Open pool view

Sama ada tetamu ingin beristirehat di dalam Bilik Deluxe berukuran 48sqm yang selesa selepas bersiar-siar dan membeli-belah atau menikmati jacuzzi air pusar di dalam Suite Celebrity seluas 320sqm untuk meraikan ulang tahun, terdapat perincian yang tinggi di setiap sudut.

Kemudahan bilik mandi HARNN, sistem bunyi VIFA Helsinki, jubah dari Christian Develter for Tube Gallery dan bar peribadi khusus yang dilengkapi koktel dalam botol oleh LAIBA dan snek artisan tempatan hanyalah beberapa contoh keistimewaan yang ditawarkan di bilik-bilik yang dihias mewah di sini.

Bilik Suite – Pemandangan Kota Bangkok

Para tetamu di Suite juga diberikan akses ke Maa-Lai Lounge di tingkat 30, di mana mereka boleh menikmati keindahan Lumphini Park dan bangunan-bangunan pencakar langit yang menghiasi kota Bangkok dari terbit matahari hingga senja.

Program gaya hidup di hotel tersebut – yang merupakan sebahagian daripada DNA Kimpton – memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan; bermula dengan kopi dan teh untuk memulakan hari, ke sesi yoga dengan pemandangan indah dari tingkat 41 dan Kimpton’s Social Hour.

Visi jenama tersebut untuk menggalakkan hubungan sesama manusia dihidupkan apabila para tetamu beramah mesra dengan penduduk tempatan.

Hotel ini juga mempraktikkan amalan peneraju industri Kimpton yang mengalu-alukan haiwan peliharaan dan menyediakan pelbagai kemudahan dan menu tersendiri untuk haiwan kesayangan para tetamu.

Tempahan untuk penginapan di Kimpton Maa-Lai Bangkok kini boleh dibuat melalui www.kimptonmaalaibangkok.com. Harga bilik bermula dari USD$300 (RM1,300) untuk bilik Deluxe.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!