KLIA Masih Mengalami Gangguan Sistem, Penumpang Perlu Tiba 4 Jam Sebelum Penerbangan Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz

KLIA Masih Mengalami Gangguan Sistem, Penumpang Perlu Tiba 4 Jam Sebelum Penerbangan

Share
  • Jika sebelum ini, beberapa jemaah haji dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akibat masalah visa.
  • Semenjak dua hari lalu, KLIA mengalami gangguan sistem sejak malam Rabu (21 Ogos).
  • Malaysia Airports memaklumkan bahawa pada jam 6 pagi hari ini pasukan yang terlibat sedang berusaha menstabilkan semula keadaan sistem di KLIA 1 & 2.
  • Gangguan tersebut telah menjejaskan beberapa sistem lapangan terbang seperti sambungan WIFi, sistem paparan maklumat penerbangan, kaunter daftar masuk & sistem pengendalian bagasi.

Kedua-dua terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini ‘lumpuh’ akibat gangguan sistem sementara. Sekitar jam 10 malam tadi, 68 penerbangan yang ditangguhkan telah dilaporkan oleh Malaysia Airports. Harap bersabar ye semua!

Keadaan di KLIA. Foto - Twitter
Sila rujuk kakitangan Malaysia Airports & sentiasa bersabar ye. Foto - Twitter

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, gangguan sistem menyebabkan kelewatan penerbangan. Bagi mengatasi masalah tersebut, pihak Malaysia Airports telah menggunakan semua 38 remote bays di Terminal Utama KLIA untuk menampung pesawat yang tidak dapat meneruskan ke pintu perlepasan yang dijadualkan kerana masih mempunyai pesawat lain.

Berikutan itu, Malaysia Airports telah menyediakan empat bas tambahan, serta perkhidmatan pengendalian darat untuk syarikat penerbangan yang terkesan bagi memudahkan pergerakan penumpang ke remote bays dari terminal dan sebaliknya.

Volunteers turut diperlukan bagi membantu kakitangan Malaysia Airports.

Selain itu, Malaysia Airports turut menyediakan tempat letak kereta percuma untuk semua penumpang yang telah meletak kereta di Terminal Utama KLIA (Blok A, B, C dan D) hingga jam 6.00 pagi hari ini (23/8) kerana ramai yang mengalami kelewatan penerbangan ketibaan.

Sekali lagi, pihak Malaysia Airports sangat menyesali kesulitan yang menyebabkan semua penumpang mengalami kelewatan. Anda dinasihatkan tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu berlepas penerbangan.

Sila mendaftar masuk melalui aplikasi mudah alih atau laman web syarikat penerbangan masing-masing bagi memudahkan proses. Melangkaui kakitangan lapangan terbang Malaysia Airports untuk bantuan segera atau jika anda memerlukan maklumat mengenai butiran penerbangan anda.

BackPackerz nak pesan, anda rakyat Malaysia yang bersabar dan sentiasa lemparkan senyuman pada kakitangan atau sesiapa yang membantu. Sentiasa dapatkan update terkini melalui platform media sosial Malaysia Airports di Twitter/Facebook atau siaran berita yang terkini. #MYairportsupdates

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!