Koh Samui Sepi Tanpa Pelancong Ibarat 'Ghost Town' - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Koh Samui Sepi Tanpa Pelancong Ibarat ‘Ghost Town’

Avatar
Share
Koh Samui
  • Thailand mencatatkan 39.8 juta pelawat asing, jumlah tertinggi di rantau ini pada tahun 2019 (sumber). 
  • Lebih empat bulan Koh Samui tanpa pengunjung luar sejak sekatan perjalanan dilaksanakan Mac lalu.
  • Pelancong China antara pengunjung terawal di Bangkok setelah diperkenalkan Special Tourist Visa (STV) pada Oktober lalu.

Sektor pelancongan dan perhotelan menyumbang lebih daripada 18 peratus kepada unjuran domestik kasar bagi Thailand.

Penginapan, aktiviti riadah air dan food and beverages (F&B) telah memberi peluang pekerjaan kepada ratusan ribu penduduk di negara gajah putih ini.

Sebut sahaja tarikan gugusan pulau yang popular di Thailad, hampir semua destinasi pantai menjadi pilihan pelancong Eropah dan Asia Tenggara termasuk Malaysia. Penulis juga rindukan vibes kota Bangkok yang sesak dan padat dengan pelbagai latar belakang pengunjung tempatan serta pelancong luar yang gemar street tour sekitar bandar.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };
Koh Samui

The Grand Palace, Bangkok

Namun, segalanya berubah hampir 360 darjah setelah jangkitan wabak COVID-19 mula di kesan di Wuhan, China pada Disember lalu.

Baru-baru ini, seorang peminat fotografi telah berkongsi satu posting di Facebook beserta 44 keping gambar menunjukkan suasana lengang di Koh Samui tanpa kelibat pengunjung.

Menurut perkongsian dari Jan Daga, wilayah Surat Thani menerima hampir 7 juta pelancong setiap tahun dan Koh Samui merupakan salah satu bahagian daripadanya.

Kini, pulau kedua terbesar di Thailand itu digambarkan seolah berubah menjadi pekan berhantu (ghost town) tanpa kelibat pelancong.

Koh Samui

Ghost town di Koh Samui


“I’ve seen the (a possible) future, and it’s scary. If you know the charming island of Koh Samui you will recognize the places. I traveled all over the island for 4 days. And this is what I saw. Silence was the thing that struck me more than any other. There isn’t much more to say” – Jan Daga


Koh Samui

Pantai lengang tanpa pengunjung

Sekatan perjalanan pandemik untuk kemasukan orang asing sejak Mac lalu mengakibatkan sektor pelancongan di Thailand lumpuh selama beberapa bulan.

Destinasi pelancongan yang pernah popular seperti Phuket dan Pattaya juga kelihatan seperti ‘bandar mati’.

Kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana yang bergantung kepada pelancongan dan hospitaliti terpaksa ditutup untuk tempoh kekal. Segelintir perniagaan mengambil pendekatan tutup sementara operasi sehingga kemasukan semula pelancong.

Sejak Oktober lalu, siri kedua kumpulan pelancong dari China melibatkan 147 orang yang memegang Visa Pelancong Khas (STV) tiba di Bangkok.

Koh Samui

China Town

Koh Samui

7-eleven tutup operasi sementara

Thailand mengambil pendekatan secara minima untuk memulihkan industri pelancongan utama semenjak penutupan pintu sempadan bermula Mac lalu.

Pahit untuk ditelan tapi itulah realiti yang sedang berlaku ketika ini kepada industri pelancongan seluruh dunia.

Nukilan dari penulis, teruskan sokongan anda untuk melancong dalam negara terutama di kawasan zon hijau sementara pintu sempadan masih ditutup.

Penulis kongsikan beberapa foto-foto ‘ghost town’ di Koh Samui. Terima kasih Jan Daga atas perkongsian ini, dapatlah juga peminat destinasi pelancongan di Thailand mengubat rindu meskipun ia membawa khabar duka.

Koh Samui

Suasana malam

Koh Samui

Lounge hotel sunyi sepi

Koh Samui

Sewa motor antara pengangkutan utama di Koh Samui

Sekiranya anda terlepas, Busan antara destinasi wajib dilawati selepas pandemik pulih, kini menawarkan tiga tarikan baharu – baca di sini.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!