Minum Kopi Cawan Terbalik, Jom Pergi Kafe Kopi & Teh );

Type to search

Backpackerz Insider Makan-Makan

Pernah Try Minum Kopi Cawan Terbalik? Jom Pergi Kafe Kopi & Teh

Ain Huda
Share

Kafe Kopi & Teh di Kuantan mempunyai style yang berbeza dan unik. Sebelum mendalam apa keunikan kafe ini, ketahui mengapa kafe dinamakan dengan Kopi & Teh.

Sebenarnya kafe ini dinamakan berkaitan dengan sepasang suami isteri. Si isteri penggemar teh dan suaminya kaki kopi. Tercetus idea membuka Kafe Kopi & Teh juga menggunakan hashtag #akukopidiateh dan #kopidanteh di Instagram dan Facebook.

Istimewa kafe ini adalah hidangan kopi terbalik! Ya, cawan yang ditekup ke bawah yang dialas dengan piring. Pelik, macam mana nak minum kalau cawan terbalik.

Cawan tersebut sudah diletakkan straw untuk memudahkan pelanggan minum. Bestkan, lain dari yang lain.

Selain daripada kopi dan teh, ada hidangan lain yang anda boleh nikmati. Makanan melayu dan makanan barat. Terasa nak makan mac & cheese, bolognese spaghetti, nanchos cheese. Atau rindu masakan ala ala melayu jawa anda boleh cuba nasi lemak, pulut ikan masin atau nasi geprek ayam crispy.

Untuk makanan yang ringan-ringan ada juga choc cake with salted caramel drizzle, pumpkin tom yam with garlic bun dan macam macam lagi!

Rugi juga tak try minum kopi terbalik sambil relax hujung minggu. Jom!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!