Koronavirus: Impak Penularan Wabak, Pelancongan Domestik Jadi Tumpuan Tahun Melawat Malaysia - Verst );

Type to search

Backpackerz Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Visit Malaysia 2020

Koronavirus: Impak Penularan Wabak, Pelancongan Domestik Jadi Tumpuan Tahun Melawat Malaysia

Share
  • 68.5 peratus pelancong yang bercuti ke Malaysia datang dari negara sekitar benua Asia seperti Thailand, Singapura, Indonesia & Brunei.
  • Pasaran pelancongan India merupakan salah satu negara tumpuan dengan peningkatan sebanyak 20 peratus pelancong direkodkan tahun lalu.
  • MOTAC menggantung sementara visa kemasukan pelancong dari empat wilayah di China iaitu Wuhan, Hubei, Zhejiang & Jiangsu.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengekalkan sasaran ketibaan pelawat pada 30 juta menerusi kempen Tahun Melawat Malaysia meskipun dihimpit penularan wabak 2019-nCoV (Covid-19).

Sekatan kemasukan pelancong Chinga tidak hanya dilakukan di Malaysia, kebanyakan negara-negara lain juga menyekat bagi mengekang jangkitan wabak tersebut.

Pemeriksaan saringan badan di airport

Jadi, apa kesan baik dan positif yang boleh kita ambil daripada isu kesihatan global ini? Peribahasa melayu ada menyebut, Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Tidak dapat dinafikan, statistik prestasi pelancongan menunjukkan 86 peratus daripada pelancong yang menginap di hotel seluruh negara adalah rakyat tempatan.

Gambar hiasan
Foto - Selangorkini

Tourism Malaysia telah memberi ‘greenlight’ bahawa peralihan tumpuan kepada pelancongan domestik bagi merancakkan lagi kempen Visit Malaysia 2020 adalah sangat penting.

MOTAC akan memberi fokus kepada dua kategori utama pelancongan domestik iaitu family vacation dan team building.

Percutian keluarga berskala besar atau kecil pasti berbelanja ketika bercuti dalam negara terutama menjelang cuti sekolah, musim perayaan dan festival.

Percutian keluarga di Kota Kinabalu

Segmen team building tertumpu kepada hari keluarga, kursus syarikat atau latihan kepada pekerja mereka di hotel yang menawarkan pakej bersesuaian serta kemudahan lengkap.

Tourism Malaysia meminta pemain industri tempatan menawarkan pakej percutian menarik dan berpatutatan sekali gus menjana pendapatan pelancongan negara.

Team building layan water rafting di Perak

Buat pembaca Verst dan BackPackerz, ini masa sesuai untuk anda rancang percutian dalam negara tidak kira Semenanjung, Sabah atau Sarawak.

Konsep percutian bebas sama ada honeymoon, gathering ahli keluarga mahupun kenalan rapat, team building syarikat, kembara beg galas dan sebagainya.

Malaysia masih dalam kelompok negara selamat untuk dikunjungi berdasarkan langkah kawalan serta pemantauan rapi yang dilaksanakan kerajaan dalam membendung Covid-19.

Pasir Pantai Klebang, Melaka
Pasir Pantai Klebang, Melaka
Agacia Town, Kampar, Perak

“Malaysia yang kupuja
Di desa juga di kota
Mari nikmati semua
Jom cuti-cuti Malaysia”

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!