Kuak Hill Resort - Tempat Glamping Baru Dengan Pemandangan Banjaran Titiwangsa );

Type to search

Backpackerz Stay In

Kuak Hill Resort – Tempat Glamping Baru Dengan Pemandangan Banjaran Titiwangsa

Share
kuak hill resort

Bagi anda yang tak pernah lagi merasai pengalaman menginap di glamping dan teringin untuk mencubanya walau sekali seumur hidup — di Lenggong, Perak bakal ada sebuah lokasi glamping yang sangat menyeronokkan dan mempunyai panorama indah Banjaran Titiwangsa dengan suasana mendamaikan di atas bukit.

Port glamping terbaharu itu diberi nama Kuak Hill Resort yang bertempat di Kampung Lata Papan, Kuak, Lenggong, Perak.

Lenggong juga merupakan tempat yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai lokasi bersejarah yang banyak menyimpan sejarah awal penempatan dan ketamadunan manusia.

Lembah Lenggong juga cukup dikenali selepas penemuan Orang Perak yang mana rangkanya berusia antara 10,000 hingga 11,000 trahun di Gua Gunung Runtuh pada tahun 1991. Pada 19 Januari 2021, lakaran wajah Orang Perak telah didedahkan secara umum.

Apa-apa pun jom kita tengok dulu apa kelebihan yang dimiliki oleh Kuak Hill Resort ini yang hanya berjarak 30 minit dari Bandar Diraja Kuala Kangsar dan kira-kira 2 jam sahaja dari Kuala Lumpur serta Pulau Pinang.

Salah satu tarikan tempat glamping baru ini adalah resort ini menyajikan keindahan pemandangan Tasik Raban yang sememangnya terletak di Banjaran Titiwangsa. Bagi yang berminat untuk menginap di sini, boleh memilih chalet atau khemah yang mereka tawarkan.

Jenis-jenis penginapan:

1. Camping Site (10 Tapak)
2. Glamping Site (10 Tapak)
3. Family Suite 2 Tingkat (4 pax) x 1 Unit
4. Family Suite 1 Tingkat ( 4 Pax) x 1 Unit
5. Family Suite (2Pax) x 1 Unit
6. Famiy Duluxe (2 Pax) x 5 Unit

Fasiliti yang disediakan:

1. Infinity Pool daripada air bukit semulajadi yang sememangnya menyegarkan!
2. Viweing Deck menghadap pemandangan Banjaran Titiwangsa yang gah.
3. Peralatan BBQ yang lengkap

Fasiliti cadangan:

1. Surau yang boleh memuatkan 50 jemaah pada satu-satu masa
2. Kuak Hill Highland Café
3. Kuak Hill Animal Valley (Mini Zoo)
4. Kuak Hill Experience (ATV dan Tracking Experience)
5. Kuak Hill World Famous Signage
6. Kuak Hill Bird Aviary
7. DURIAN Lovers Heaven : Kebun Durian
8. Glass House inside the Forest
9. Tree House + Decking

Jadi kalau korang mahukan sebuah percutian yang tenang dan mendamaikan, Kuak Hill Resort ini adalah destinasi yang paling sesuai untuk korang berglamping, bangun tidur sambil menghirup kopi panas dan menikmati keindahan Banjaran Titiwangsa serta menghabiskan masa membaca novel dengan dikelilingi alam semulajadi yang menghijau. Memang betul-betul syok!

Lagi best, khabarnya Kuak Hill Resort ini juga terletak berdekatan dengan 3 lokasi air terjun yang sangat cantik dan airnya juga menyegarkan. Memang seronok kalau dapat bermandi-manda kat situ.

Untuk makluman lanjut, anda boleh layari sendiri di laman Facebook mereka untuk penempahan.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!