Kunjungi 5 Pulau Popular di Semporna Lebih Mudah Dengan Penerbangan Komersil Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Airlines Insider Itinerari Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Tips Visit Malaysia 2020

Kunjungi 5 Pulau Popular di Semporna Lebih Mudah Dengan Penerbangan Komersil

Share
  • Semporna adalah pintu masuk ke Taman Marin Tun Sakaran, menempatkan lapan pulau dengan tapak menyelam terbaik.
  • Pulau Bohey Dulang, luar perairan Semporna telah menjadi salah satu destinasi percutian paling popular di Sabah, dengan 109,595 pelawat tahun lepas.
  • Elakkan pengusaha pelancongan yang menggunakan khidmat jurupandu selam tidak bertauliah ketika mengendalikan aktiviti skuba di kawasan perairan Semporna hingga mengabaikan keselamatan pelancong.

Berdasarkan data bagi enam bulan pertama 2019, ketibaan pelancong antarabangsa ke Bohey Dulang sahaja sebanyak 43,204 manakala pelancong domestik pula 16,809.

Jelas sekali negeri Sabah mempunyai peminat yang mencintai keindahan semula jadinya sehingga menjadikan negeri di bawah bayu ini antara destinasi percutian terbaik di dunia.

Pulau Pom Pom, Sabah

Sabah cukup terkenal dengan pulau-pulau indah yang diumpamakan ‘Maldives Asia Tenggara‘, terutama di kawasan Semporna. Terkini, Lapangan Terbang Semporna bakal dibuka semula untuk penerbangan komersil setelah 20 tahun dihentikan.

Lapangan Terbang Semporna dijangka mula beroperasi pada Januari 2020, menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan. Sedikit sebanyak penduduk sekitar Semporna bakal menerima impak positif susulan adanya penerbangan komersil yang akan merancakkan pertumbuhan ekonomi di sini. 

Sabah Air melakukan penerbangan komersil percubaan ke Lapangan Terbang Semporna. Kredit - Astro Awani

Langkah ini berikutan sektor pelancongan dan kemasukan pelancong luar ke daerah ini semakin bertambah selain bertujuan memendekkan tempoh masa perjalanan ke daerah Semporna.


Sabah
Semporna antara daerah yang dikenakan PKP Diperketatkan Bersasar

Berikut beberapa pulau yang boleh dikunjungi sekiranya korang bertandang ke Semporna.

1. Pulau Mabul

Pulau sesuai untuk aktiviti menyelam dan berbulan madu. Menawarkan penginapan lebih eksklusif dan jika mempunyai bajet lebih, boleh menginap di Uncle Chang Bungalow, Mabul Beach Resort, Sipadan-Mabul Resort dan Arung Hayat Sipadan Adventures Lodge. Tidak semua yang mahal, ada juga yang bersesuaian dengan bajet bercuti gaya BackPackerz!

Mabul Island Resort
Mabul Island

2. Pulau Sibuan

Dikenali sebagai Battleship Island kerana bentuk pulaunya. Tempoh perjalanan 30 minit dengna bot laju dari Semporna. Tiada hotel atau resort utama di Pulau Sibuan atau mana-mana pulau lain di Taman Marin Tun Sakaran.

Jadi, pulau ini lebih kepada aktiviti snorkeling, selam skuba, berkelah dan melawat perkampungan Bajau Laut (Gipsi Laut). Kalau rancang berkelah di Pulau Sibuan, korang bawa bekalan makanan sendiri kerana tiada gerai jualan disediakan.

Pulau Sibuan. Foto - Tomáš Souček

3. Pulau Bohey Dulang

Menariknya pulau ini adalah mempunyai puncak bukit setinggi 300 meter. Pulau ini sering dilawati pelancong luar dek kerana aktiviti air, mendaki puncak Bohey Dulang, bird watching, pusat penetasan kerang gergasi serta tawaran penginapan yang berhampirannya (20-30 minit masa).

Bagi penggemar aktiviti hiking, korang berpeluang menyaksikan keseluruhan panorama pulau ini dengan pendakian sekitar 30 minit hingga 45 minit sahaja. 

Pemandangan Bohey Dulang. Foto - pulaumabul.com
Mendaki ke puncak Bohey Dulang. Foto - pulaumabul.com

4. Pulau Mantabuan

Ia adalah pulau terkecil di Taman Marin Tun Sakaran. Pulau Mantabuan didiami oleh masyarakat kecil yang mesra digelar Gipsi Laut. Mereka tinggal di rumah perahu (houseboat) atau rumah panggung.

Aktiviti sesuai adalah snorkeling dan selam skuba. Menawarkan tiga kawasan menyelam utama iaitu Black Coral Garden, Stingray Alley Way dan Star Point.

Rumah Bajat Laut
Pulau Mantabuan. Foto - pulaumabul.com

5. Pulau Tetagan

Pulau terkecil kedua di Taman Marin Tun Sakran, selepas Mantabuan Island. Kebanyakan pelancong ke pulau ini untuk melihat sendiri rutin masyarakat Bajau Laut yang mempunyai perkampungan khas di atas air, sama seperti di Pulau Bodgaya dan Pulau Bohey Dulang.

Tempoh masa perjalanan sekitar 35 minit dengan bot dari Semporna. Sediakan makanan ringan, barangan atau duit kecil yang boleh disumbangkan kepada kanak-kanak kecil yang menghampiri bot pelancong.

Perkampungan Gipsi Laut, Pulau Tetagan. Foto - pulaumabul.com

  • Cara mudah untuk menerokai pulau-pulau sekitar Semporna adalah dengan mengambil pakej yang ditawarkan oleh resort.
  • Menjelang Januari 2020, korang boleh ke turun ke Lapangan Terbang Semporna yang menghubungkan Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan, kemudian menghala ke Pekan Semporna.
  • Perlu menaiki bot laju dari jeti di Pekan Semporna untuk ke pulau-pulau pilihan. Mengambil masa selama 30 minit hingga satu jam 30 minit mengikut jarak.
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!