Kwai Chai Hong - 'Lorong Panggung Mistik' Perlu Dikunjungi di Chinatown, Kuala Lumpur Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Kwai Chai Hong – ‘Lorong Panggung Mistik’ Perlu Dikunjungi di Chinatown, Kuala Lumpur

Share
  • Kwai Chai Hong mula dibuka sejak April 2019 kepada pengunjung & pelancong.
  • Terdapat enam lukisan mural yang mengaitkan aktiviti harian masyarakat Cina sekitar era 1960.
  • Pelawat boleh scan kod QR pada setiap lukisan untuk informasi lebih lanjut mengenai sejarah Kwai Chai Hong.

Mengimbau kembali nostalgia lama dengan mengunjungi Kwai Chai Hong yang menonjolkan budaya masyarakat Cina sewaktu zaman kolonial British.

Kwai Chai Hong, deretan kedai lama dan lorong belakang yang diberikan ‘nafas baru’; cukup menarik untuk kunjungan hujung minggu sekitar ibu kota. 

Suasana lorong ini menyimpan nilai sejarah tersendiri dan pengunjung berpeluang menghayati beberapa lukisan mural pada dinding bangunan.

Kwai Chai Hong 鬼仔巷
Menyeberang titi

Kwai Chai Hong, landmark dan tempat bersejarah yang terletak di lorong agak tersembunyi di antara Jalan Panggung dan Jalan Petaling.

Paling senang, cari Kuil Chan See Shu Yuen atau pintu masuk belakang Petaling Street.

Tempat letak kereta khas DBKL dan private car park pun banyak disediakan. Kalau berjalan kaki mengambil kira-kira tujuh minit dari LRT Pasar Seni.

Dibuka untuk pengunjung setiap hari dari 9 pagi hingga 10 malam. Cuma buat masa ini, hanya kafe-kafe sekitar lorong ini sahaja yang beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Karakter pemilik rumah sewa era 1960-an
Tukang gunting rambut
Selamat Hari Raya dari Kwai Chai Hong

Menariknya, projek menghidupkan semula ‘Lorong Anak Hantu’ ini turut mengekalkan tiang lampu lama sewaktu Kuala Lumpur menerima bekalan elektrik sekitar tahun 1900 serta tingkap kayu daripada bangunan asal.

Meskipun tiada kisah seram di sebalik nama itu, ‘kwan chai’ dalam dialek Kantonis membawa erti syaitan kecil.

Lorong belakang itu sering menjadi pilihan budak-budak nakal bermain sehingga mereka digelar anak hantu sewaktu tahun 1960-an.

Jalan Petaling merupakan pusat Chinatown di tengah Kuala Lumpur. Terima kasih kepada pihak berwajib kerana mengekalkan struktur lama serta suasana tradisi masyarakat Cina di sini.

Projek Kwai Chai Hong ini dijayakan dengan inisiatif daripada Bai Chuan Management dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Bukit Bintang.

OOTD dulu sebelum masuk ke Kwai Chai Hong
Foto - Twitter Tourism Malaysia
Jajan & cikedis 'lejen'

Sumber: Harian Metro

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!