Laban Rata Rest House Perhentian Unik di Gunung Kinabalu );

Type to search

Laban Rata Rest House – Perhentian Unik Buat Pendaki Gunung Kinabalu

Backpackerz Hiking & Outdoor Stay In

Laban Rata Rest House – Perhentian Unik Buat Pendaki Gunung Kinabalu

Share
laban rata

Umum mengetahui Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia dan merupakan sasaran utama buat semua yang gemarkan aktiviti pendakian.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa selain daripada aktiviti mendaki, terdapat sebuah perhentian rumah rehat yang boleh dijadikan tempat persinggahan para pendaki di Gunung Kinabalu.

Laban Rata Rest House merupakan satu-satunya kawasan penginapan yang terdapat di lereng gunung Kinabalu. Berketinggian 3, 272-meter dari paras laut, menjadikan ia sebagai destinasi pilihan buat para pendaki dan pekerja di Taman Kinabalu berehat selepas seharian mendaki.

Kalau dah namanya Gunung Kinabalu, mestilah pemandangannya pun cantik kan?

Walaupun terletak di kawasan lereng gunung, Laban Rata Rest House menyediakan pelbagai kemudahan yang selesa dan lengkap buat para pendaki.

 

Bilik Penginapan

Bilik penginapan di sini terbahagi kepada bilik persendirian dan bilik asrama. Kesemua bilik ini terletak di kawasan restoran Laban Rata, jadi anda perlu risau tentang soal makan.

laban rata

Walaupun nampak simple, tapi ianya dilengkapi kemudahan fasiliti seperti tangki simpanan air, bilik gerakan kecemasan, mesin penjana elektrik dan juga kemudahan signal telefon bimbit.

Sebelum naik ke puncak, sempat lagi la kalau anda nak post gambar selfie di media sosial!

Kemudahan Restoran

Bercakap soal makanan, di sini anda tidak perlu risau kerana hidangan makanan disediakan secara buffet mengikut waktu makan. Jika anda terfikir untuk bawa bekal dari rumah, lupakan niat anda. Di sini semuanya ada, nasi lemak panas pon ada tau!

laban rata

laban rata

Sekiranya anda berhajat ingin mendapatkan buah tangan dari Kinabalu, di sini juga terdapat sebuah kedai cenderamata yang boleh dikunjungi oleh pengunjung. Kedai runcit juga disediakan bagi mereka yang ingin mendapatkan barang keperluan seperti makanan ringan, sabun, tuala mandi dan sebagainya.

Kalau dah namanya Gunung Kinabalu, mestilah pemandangannya pon cantik kan?

Selain daripada berfungsi sebagai tempat penginapan, Laban Rata Rest House juga boleh dikategorikan sebagai tempat yang cantik dan menarik kerana mempunyai pemandangan dari atas awan yang sangat indah.

Siapa sangka di kawasan gunung Kinabalu ini, anda boleh menikmati sajian nasi lemak panas.

Berbekalkan pemandangan awan karpet di waktu pagi, sambil menghirup udara segar memang satu pengalaman bernilai yang tak dpat dibeli di mana-mana.

laban rata

 

Selain itu, jika ada kelapangan masa di sebelah petang anda juga boleh melakukan aktiviti rekreasi seperti bermain bola tampar.

Kebiasaannya permainan ini dimainkan di dalam dewan ataupun di tengah padang kan? Tetapi di sini anda berpeluang untuk bermain bola tampar di atas awan!

laban rata

Ianya merupakan satu aktiviti rare yang boleh anda cuba lakukan di sini. Jangan tercampak bola ke bawah sudah la ye… jenuh la nak turun ke bawah ambil bola semula.

Pendek kata, Laban Rata Rest House merupakan satu destinasi unik yang perlu di masukkan dalam senarai aktiviti pendakian anda sekiranya berkunjung ke Gunung Kinabalu.

Tak perlu susah-payah bawa khemah dan sebagainya, jom berehat di sini. Bagi penggemar fotografi, pemandangan di sini boleh diibaratkan sebagai starting point sebelum anda tiba di puncak Gunung Kinabalu.

Untuk sebarang maklumat tempahan anda boleh tekan pautan link ini tripadvisor.com

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!