Langkawi Menerima Pelancong Tempatan Lebih Ramai );

Type to search

Backpackerz Berita Insider

Langkawi Dijangkakan Menerima Pelancong Tempatan Lebih Ramai Tahun Depan

Ain Huda
Share

Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 (DPN) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan untuk meningkatkan ekonomi negara dan menjadikan sektor pelancongan lestari sebagai kayu ukur kekukuhan ekonomi.

Langkawi adalah salah satu destinasi pilihan warga tempatan untuk bercuti dan berehat setelah mematuhi arahan kerajaan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan lalu.

Menurut sumber, Langkawi bakal menikmati manfaat DPN 2020-2030 kerana sudah menerima jumlah pengunjung dari pelancong tempatan yang sangat memberangsangkan.

Setelah kebenaran merentas negeri diumum, Langkawi menjadi tempat tumpuan warga negara untuk menikmati percutian yang indah selepas terjejas teruk akibat COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Dr. Hezri Adnan berkata jangkaan pengunjung ke Langkawi pada bulan Disember tahun ini menjangkau 250 ribu orang berbanding bulan sebelumnya.

‘Jumlah keseluruhan pelancong ke Langkawi dari bulan Januari hingga November adalah 1.5 juta orang. Dijangkakan tahun hadapan Langkawi akan menerima pelancong lebih ramai’, katanya.

Jangkaan pelancong pada tahun hadapan mencecah 3 juta orang yang dapat membantu memacu sektor pelancongan di Langkawi dan membantu peniaga kecil untuk mengukuhkan semula ekonomi.

Pengurus Sumber Manusia & Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom mengatakan pihak feri bersedia untuk menambah perjalanan feri dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi.

‘Sekarang feri dari Kuala Kedah ke Langkawi hanya enam perjalanan dan Kuala Perlis ke Langkawi lapan perjalanan. Feri boleh menambah 12 perjalanan sehari dari setiap terminal dan perjalanan setiap 30 minit berbanding perjalanan feri biasa’, katanya.

Penerbangan Kelantan ke Langkawi kini baru dibuka meyakinkan lagi sektor pelancongan di Langkawi semakin meningkat. Selain itu, laluan udara dari Ipoh ke Langkawi juga menjangkakan ekonomi semakin pesat membangun.

Menurut pengusaha feri, kebanyakkan pelancong tempatan ke Langkawi datang dari Johor, Perak, Kedah dan Kelantan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!