Google Tawarkan Pengalaman Melancong Secara Virtual Ke Tapak Warisan Dunia UNESCO Di Seluruh Dunia

Type to search

Backpackerz Berita

Google Tawarkan Pengalaman Melancong Secara Virtual Ke Tapak Warisan Dunia UNESCO Di Seluruh Dunia

Share
Taj Mahal UNESCO

Anda kini boleh melawat pelbagai Tapak Warisan Dunia UNESCO di seluruh dunia secara maya melalui platform Google.

Sekatan perjalanan yang berlaku akibat pandemik Covid-19 pasti membuatkan ramai yang rindu untuk melancong ke luar negara. Dengan wabak ini yang masih belum nampak penghujungnya, pembukaan semula industri pelancongan antarabangsa juga nampaknya masih samar-samar.

Dengan kemajuan teknologi masa kini, pelbagai platform menawarkan lawatan maya secara percuma ke pelbagai lokasi pelancongan terkemuka di seluruh dunia. Salah satunya adalah Google Arts & Culture, yang menawarkan lebih daripada 2,000 kandungan daripada institusi terkemuka di seluruh dunia.

Google baru-baru ini telah mengemas kini platform tersebut, di mana sejumlah Tapak Warisan Dunia UNESCO telah dimasukkan ke dalam lawatan mayanya.

Pengguna dapat melawat dan melepaskan rindu kepada pelbagai mercu tanda terkenal di dunia dan destinasi yang mengagumkan seperti Taj Mahal, Canals of France, Colosseum, Gunung Kilimanjaro, dan juga Taman Negara Serengeti.

“Ini adalah peluang unik untuk menikmati lawatan secara maya ke mercu tanda budaya dan keindahan alam yang luar biasa, serta untuk mengakses maklumat yang tepat dan boleh dipercayai tentangnya lokasi tersebut,” kata Penolong Ketua Pengarah Kebudayaan UNESCO, Ernesto Ottone.

“Sudah tentu, penerokaan secara maya ini tidak akan pernah menggantikan pengalaman unik melihat tempat-tempat ini secara nyata. Kita akan mengembara lagi. Sementara itu, kami berharap ia akan memungkinkan pengguna untuk meliputi diri mereka dalam keindahan dunia kita dan menjadi rangsangan untuk melindunginya,” katanya.

Anda boleh terokai pelbagai Tapak Warisan UNESCO dari seluruh dunia melalui laman web Google Arts & Culture.

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!