Layan Water Rafting & Tidur dalam 'Glamping', Ini Itinerari 3 Hari 2 Malam di Gopeng, Perak - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Itinerari Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Visit Malaysia 2020

Layan Water Rafting & Tidur dalam ‘Glamping’, Ini Itinerari 3 Hari 2 Malam di Gopeng, Perak

Share
  • Lembah Kinta merangkumi Ipoh, Kampar, Taiping, Gopeng, Batu Gajah, Gunung Rapat & lain-lain.
  • Geopark Lembah Kinta, salah satu tarikan pelancongan baharu tumpu kepada pemuliharaan sumber warisan semula jadi.
  • Gopeng menawarkan keterujaan aktiviti lasak berasaskan air di Ulu Geruntum/Ulu River lodge, sunset hiking di Bukit Batu Puteh sambil dikelilingi pemandangan malar hijau.

Kalau sebut Perak, mesti Ipoh atau Taiping yang menjadi destinasi short gateway kebanyakan pelancong domestik.

Pernah terfikit tak, apa yang menarik jika bercuti ke Gopeng? Bagi penulis, Gopeng lokasi ‘kurang padat’ tapi sarat dengan itinerari yang menyeronokkan; adventure outdoor, mandi sungai, teroka gua dan tidak lupakan warisan sejarah.

Alang-alang sampai Gopeng, jangan lupa 'cuci mata' dekat Taman Alam Kinta

Ada Gopeng Heritage House, korang boleh tengok ‘CCTV’ zaman dahulu berfungsi. Sesuai dengan statusnya sebagai bekas kawasan perlombongan bijih timah dan getah utama di Lembah Kinta, muzium ini mempamerkan koleksi 300 barang antik yang pernah digunakan oleh generasi dahulu di pekan Gopeng sejak 150 tahun lalu.

Seterusnya, korang boleh teroka Gua Kandu dan lakukan aktiviti night caving. Untuk aktiviti air yang lebih extreme, korang boleh ke Ulu River Lodge untuk cuba white water rafting. Dapat kumpul empat orang untuk satu tube tu, memang lagi seronok dan kecoh! Haha

Ketika adrenalin sedang meningkat, keterujaan yang dapat semasa layan water rafting cukup mendebarkan! Tapi korang jangan risau, life jacket dan helmet peralatan/gear wajib. Keselamatan pengunjung diutamakan.

Heritage House, Muzium Gopeng
Interior di Gopeng Town Heritage House
Depan Gua Kandu
Taman Rekreasi Gunung Lang

ITINERARI & AKTIVITI

– Singgah ke HOGA Gaharu Tea Valley
– Melawat Gopeng Heritage House / Muzium Gopeng
– Night caving di Gua Kandu
– Waterfall Abseiling
– Melawat Muzium Geologi
– Layan water rafting di Ulu Geruntum / White water rafting di Ulu River Lodge
– Bersiar-siar di Taman Rekreasi Gunung Lang
– BBQ di Gopeng Glamping Park

HOGA Gaharu Tea Valley
GLAMPING trend percutian masa kini
White water rafting di Ulu River Lodge
Mandi sungai
Aktiviti night caving di Gua Kandu
Layan waterfall abseiling di Gopeng

MENGINAP DI MANA? 

Untuk penginapan, bergantung pada bajet, keselesaan dan berapa pax. Semasa FAM trip eksplorasi Geopark Lembah Kinta bersama Tourism Malaysia Wilayah Utara, Team BackPackerz berpeluang bermalam di Gopeng Glamping Park bersama geng media yang lain.

Memang seronok kalau korang stay-in di sini dengan geng travel atau gegirls trip, rasa bonding dan banyak aktiviti mengujakan boleh dilakukan. Dikelilingi aliran sungai, bukit-bukau dan hutan tropika, Gopeng Glamping Park menawarkan pengalaman percutian hujung minggu yang ideal dan unik.

Nikmati keindahan deretan gunung di Banjaran Titiwangsa, sekurang-kurangnya mampu menghilangkan kekusutan dek hiruk pikuk kehidupan kota.

Pemandangan alam yang menghijau cukup menyegarkan mata, tambah dengan penginapan style ‘glamorous glamping’ (glamour+camping) menambahkan kemeriahan suasana percutian korang. Kalau malam susah tidur, korang boleh layan musik live band dan persembahan khas di Gopeng Glamping Park.

Gopeng Glamping Park guys
Deko Gopeng Glamping Park yang ringkas & selesa
Tempat hammock pun ada di Gopeng Glamping Park
Khemah glamping dipanggil Yut, ada tilam, bantal, drawer & kipas

Selain itu, bagi korang yang datang ke Gopeng secara backpackerz, penulis syorkan penginapan guesthouse berkonsepkan rumah tradisional Melayu dengan harga yang berpatutan.

Terserlah dari jauh, korang boleh nampak Gopeng Guesthouse dengan juntaian pepohon menghijau berselirat pada dinding bangunan.


Tips – korang boleh naik KTMB (ETS) dari KL Sentral ke Batu Gajah atau turun dekat Ipoh untuk bersiar-siar sebelum menuju ke Gopeng.


Lembah Kinta dikenali dengan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna yang mempesonakan seperti kawasan bukit batu kapur unik serta mempunyai sejarah perlombongan, geologi dan kepelbagaian lanskap semulajadi yang menarik.

Ia lokasi sesuai dimajukan sebagai pakej laluan geo-pelancongan bagi menarik pelancong tempatan dan antarabangsa.

Alternatif stay-in, Gopeng Guesthouse
Team building layan water rafting di Perak
Ulu River Lodge, Gopeng
Suasana menjelang malam di Gopeng Glamping Park

Bagi penulis, kunjungan ke Gopeng cukup berbaloi untuk percutian hujung minggu. Menginap dua malam, hari siang layan aktiviti lasak, malam last day pula layan BBQ dan keesokan hari balik sambil siar-siar pekan atau bandar Ipoh.

Setiap destinasi dalam Malaysia ada kelebihan masing-masing, tinggal korang kena cari keseronokkan bercuti sama ada solo, dengan kenalan kembara mahupun seisi keluarga.

Tags:

You Might also Like

10 Comments

  1. Sofia December 19, 2019

    Saya ingin berglamping bersama Family kecil saya 3 dewasa 2 kanak2. Saya nak tahu apa Pakej dan aktiviti yang sesuai..

    Reply
  2. Majalah Backpackerz December 20, 2019

    Terima kasih atas rujukan. Sofia boleh search Gopeng Glamping Park atau call 013-204 8857. Ada pakej dan tawaran aktiviti untuk keluarga. Sumber dari BackPackerz.

    Reply
  3. Intan Farhana Sharifudin December 31, 2019

    Waahh..byk ye interesting places in Gopeng l

    Reply
  4. Majalah Backpackerz January 2, 2020

    Yes, semestinya. Jom Cuti-Cuti Malaysia.

    Reply
  5. Busyra January 8, 2020

    How to make an appointment to book

    Reply
  6. Majalah Backpackerz February 4, 2020

    Hi Busyra. Gopeng Glamping Park atau call 013-204 8857. Reference dari BackPackerz. Thank you!

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!