Lelaki Bakal dipenjarakan 2 Tahun Kerana Tulis Review Negatif Tentang Resort di Thailand Verst Backpackerz );

Type to search

Lelaki Bakal dipenjarakan 2 Tahun Kerana Tulis Review Negatif Tentang Resort di Thailand

Backpackerz Asean

Lelaki Bakal dipenjarakan 2 Tahun Kerana Tulis Review Negatif Tentang Resort di Thailand

Share

Wesley Barnes, rakyat Amerika yang bekerja di Thailand, mungkin bakal dihukum penjara dua tahun selepas meninggalkan komen negatif di laman Tripadvisor, tentang sebuah resort di Thailand.

Pemilik Sea View Resort di Pulau Koh Chang, Thailand memfailkan saman fitnah terhadap Barnes yang dikatakan menulis beberapa review negatif tentang resort tersebut di beberapa buah platform. 

Barnes telah ditangkap oleh polis imigresen, sebelum dilepaskan dengan jaminan polis.

Barnes, yang tinggal dan bekerja di Thailand menulis beberapa review negatif tentang resort tersebut sewaktu menginap di sana pada Julai lalu. Dia telah memberikan rating satu bintang untuk untul itu dan menulis “kakitangan yang tidak mesra dan Pengurus Restoran yang teruk.”

Dalam satu komen lain yang sudah dipadam Barnes, dia menuduh hotel tersebut mengamalkan “sistem hamba abdi moden.”

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pengurusan hotel, ia menjelaskan laporan polis terpaksa dibuat memandangkan Barnes dilihat cuba menjatuhkan reputasi hotel itu dengan menulis banyak review negatif berminggu-minggu lamanya. 

Kolonel Polis Koh Chang, Thanapon Taemsara mengesahkan yang laporan polis telah dibuat oleh pihak resort kepada agensi berita AFP. 

Thialand sememangnya mengamalkan undang-undang anti-fitnah yang ketat, yang boleh membawa kepada hukuman penjara dan denda sebanyak 200,000 baht (RM26,286).

Sumber: The Insider | Foto: Sea View Resort

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!